Monday, February 4, 2019

PEGUAM FEE MURAH TIDAK BAGUS?


Ada klien kata mereka pilih peguam itu kerana fee murah
Tegas saya itu tidak menjadi salah
Ukur baju lihat pada badan sendiri
Tetapi saya nasihatkan cari peguam pada pengalamannya

Peguambela murah feenya bukan bererti dia kurang bagus
Nilai fee bergantung kepada peguambela 
Saya juga membuat pro bono (secara percuma)
Tetapi pengalaman dan mutu kerja perlu menjadi asas pilihan

Saya pernah menang kes rayuan pengedaran dadah
Anakguam disabitkan salah dan dihukum gantung
Dilepaskan daripada hukuman gantung di Mahkamah Rayuan.

Semasa di Mahkamah Tinggi, anakguam diwakili Mr.K, seorang peguambela kanan terkemuka. Kes itu kalah kerana Mahkamah tidak bersetuju dengan pandangan dan hujahnya.
Tetapi rekod rayuan di tangan saya memperlihatkan pengalaman dan mutu kerjanya.
Tanpa mutu kerja dan pengalaman sebegitu, mungkin anakguam tidak ada peluang lepas tali gantung di Mahkamah Rayuan, walau diwakili peguam hebat lain.

Apabila seseorang klien hadir untuk rayuan, penilaian kepada Rekod Rayuan amat penting. Kami berbangga kebanyakan peguambela menjalankan kerja yang bagus seterusnya memberikan keselesaan kepada peguambela di peringkat rayuan.

Cuma persepsi awam perlu diperbetulkan 
Kalah kes tidak semestinya peguambela anda tidak bagus
Cuma pandangan hakim dalam penilaiannya mungkin berbeza.
Sabitan dan hukuman mungkin akan diketepikan di peringkat rayuan kelak.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►