Thursday, January 31, 2019

TEMPOH MERAYU



Alhamdulillah. Pagi ini sambung bicara kes bunuh melibatkan 10 OKT dan 8 peguambela. 3 hari hanya ditetapkan sebelah pagi. 

Tadi pakcik sebelah saya diterangkan oleh peguamcara wanita bahawa perintah-perintah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. 

Peguam-peguam lantikan tidak hadir bg pihak pakcik. Mungkin sudah tamat perkhidmatanya atau fee tidak dibayar. Saya percaya kalau ini kes tanah, pakcik kerugian amat besar.

Semua pakai kos. Peguam pun kena sara kakitangannya dan juga kos perjalanan harian pejabatnya.

Saya harap pakcik itu dinasihatkan juga bahawa rayuan kena dimasukkan dalam masa tertentu sebagaimana dinyatakan dalam peruntukan perundangan.

Ada 14 hari ada 30 hari. Hati-hati dengan masa terutama melibatkan kes sivil.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►