Friday, January 18, 2019

SKUAD BADAR DAN KUASANYA

SKUAD BADAR DAN KUASANYA
Kuasa perlaksanaan penguatkuasaan agama hanya ada pada pegawai agama yang dibenarkan okeh jabatan agama atau mana-mana individu yang diberikan kebenaran sahaja. Biasanya melibatkan individu berkepentingan dalam masyarakat atau masjid.
Kad kuasa dibekalkan bersama sebagai bukti kebenaran yang diberikan.
Bagi Skuad Badar di Sungai Petani, tiada kebenaran pernah diberikan walaupun dikatakan ada memohon sedemikian. Maka, mereka tidak boleh apa kua keadaan menguatkuasakan apa-apa perundangan atau melakukan sebagaimana sebelumnya.
Namun, tindakan Skuad Badar dan laporan polis oleh Jabatan Agama menunjukkan kelemahan pihak jabatan agama melakukan tugas penguatkuasaan.
Atas cabaran ini, walaupun saya secara personal banyak perkara tidak bersetuju dengan Skuad Badar tetapi pihak jabatan agama patut membaikpulih keadaan ini dengan lebih efisien tanpa ada kejadian tangkapan dan reman.
Mereka ada semangat tapi tiada kuasa dan pengetahuan undang-undang secara khusus. Maka ajarkan dan perbetulkan. Mungkin lesen dan kebenaran boleh dipertimbangkan dengan pemerhatian pihak jabatan agama.
Tugasan ini adalah fardhu kifayah. Jabatan agama dipertanggungkan ke atasnya. Tetapi adalah lemah penguatkuasaannya dengan pelbagai sebab perundangan dan sumber manusia. Tetapi ia lebih dilihat masalah ia melibatkan masa luar pejabat.
Amanah pada tugas. Jangan lebih cari salah. insyaAllah!
About This Website
SINARHARIAN.COM.MY
Segala pergerakan Skuad Badar akan dihentikan sementara sehingga presiden kumpulan itu dibebaskan bagi menghormati dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►