Friday, January 18, 2019

KUNCI TAYAR MPKB


Ramai viralkan tentang isu kunci tayar oleh MPKB baru-baru ini yang mana kos fee buka tayar juga mahal dan perlu cash terus.

Pertama, MPKB mempunyai bidangkuasa berbuat sedemikian. Full stop.

Bila buat salah, tertakluk kpd peraturanya.

Cuma isu penting dalam perlaksanaan ini ialah, tanggung jawab MPKB dalam menyediakan lot parking lebih banyak atau mencukupi untuk sesuatu masa.

Masalah besar parking membelenggu bandar Kota Bharu apabila kebanyakan lot parking bukan sahaja tidak mencukupi berbanding keperluan dan premis perniagaan semasa. Malah lot parking yang sama turut menjadi parking pekerja dan peniagaan kebanyakan tempat.

Keduanya, adakah benar satu sub diberikan kepada syarikat asing kepada sistem kunci tayar atau sub itu terhad kepada tugasa penarikan kenderaan sahaja sebagaimana negeri lain. Maklumlah netizen semua nak komen.

Pandangan peribadi saya, budibicara perlu dalam hal sebegini. Contohnya saya lihat MPSJ juga melakukan perkara sama dengan sub penarikan kpd pihak ketiga tetapi budi bicara pegawainya boleh dipuji apabila kenderaan yang ditarik adalah kebanyakan diparking tempat bahaya seperti jalanraya dan bukan kawasan jalan kecil/ double parking.

Itupun dah banyak kalau nak kunci tayar dan caj saman.

Harap netizen jangan salahkan MPKB semata-mata.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►