Tuesday, January 15, 2019

BARANG SEWA BELI KENA TARIK?


1. Apakah maklumat terperinci yang perlu ada dalam kontrak persetujuan?
a) Pihak-pihak
b) Harga item
c) Harga jualan akad (jika ada)
d) Terma bayaran item
e) Penalty dan kos sampingan jika ada
f) Terma kegagalan bayaran dan pengambilan semula item

2. Apakah prosedur yang sebenar untuk pemunya menarik kembali?
Jika kenderaan ada terma khusus di dalam kontrak dan diselia oleh Akta Sewa Beli 1967 dan proses oleh KPDNKKHEP. Di dalam kontrak melibatkan item lain, tengok pada kontraknya. Pembiayaan mungkin daripada kedai ataupun institusi kewangan.

Secara amnya, ada peluang diberikan tunggakan selama 2 bulan dan jika gagal kemudiannya diberikan notis tuntutan secara berasingan atau sekali dengan notis penarikan kembali item atas kegagalan bayaran bulanan.

Pihak kedai, institusi kewangan atau mana-mana agen mereka boleh membuat lawatan ke alamat sebagaimana kontrak atau alamat yang diberikan pelanggan untuk membuat pengambilan kembali item berkenaan.

Dalam proses pengambilan kembali, kesemua dokumen bertulis seperti surat kebenaran, lantikan dan kuasa berbuat sedemikian serta identity perlu diberikan kepada pelanggan.

3. Apakah patut yang dilakukan oleh pengguna sekiranya barang mereka ditarik semula?
Jika ada apa-apa keraguan, boleh hubungi pihak polis atau pemberi sewa. Jika ada masalah seperti pecah masuk, pergaduhan, ketidaktertiban, boleh adukan kepada KPDNKKHEP atau polis.

Pihak Penyewa boleh berbincang dengan pemberi sewa untuk mendapatkan kembali item berkenaan dengan perbincangan samada pembayaran sebahagian, sepenuhnya atau menstrukturkan kembali sewa beli atau hutang berkenaan.

4. Apakah kesan dari segi undang undang kepada penyewa sekiranya barangan yang disewa ditarik semula?

Kebiasaannya kesan ialah ada tuntutan daripada Pemberi Sewa bagi tunggakan atau baki tunggakan melalui Mahkamah; atau

Penyewa akan disenarai hitam melalui apa-apa cara atau pendaftaran kepada badan tertentu.

5. Apakah contoh situasi yang pernah terjadi di bawah isu ini?
Sudut Pemberi Sewa banyak barang tidak dapat dikembalikan kerana penyewa pindah atau melarikan item berkenaan dan tidak diketahui keberadaannya;

Sudut Penyewa pula, ada yang agak berkasar dan ada memberikan kerjasama.

6. Apakah yang perlu dilakukan oleh penyewa sekiranya penarik tidak mengikut prosedur menarik barang yang sebenar?
Jika ada apa-apa keraguan, boleh hubungi pihak polis atau pemberi sewa. Jika ada masalah seperti pecah masuk, pergaduhan, ketidaktertiban, boleh adukan kepada KPDNKKHEP atau polis.

Wallahuallam!
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►