Wednesday, December 26, 2018

PEMBERATAN HUKUMAN



Sebagaimana mitigasi daripada pihak peguambela bagi meringankan hukuman berdasarkan factor-faktor fakta dan perundangan, pemberatan hukuman juga ada di pihak pendakwaraya dengan hujahan pemberatan dengan fakta atau isu perundangan yang dibangkitkan.

Pemberatan boleh dibuat dalam 3 jenis biasanya. Pertama, kes duluan yang diputuskan dijadikan sandaran bagi pertimbangan pihak mahkamah. Sudah tentu isu dan fakta dalam kes tersebut menjadi hujah utama dalam mendapatkan hukuman yang lebih kurang sama dengan kes tersebut. Pastikan peguambela anda tahu dan faham isu dan fakta kes berkenaan.

Kedua, isu fakta kes yang dijadikan pemberat seperti isu rekod kesalahan lampau, statistic, laporan kecederaan, laporan akhlak, dan dokumen-dokumen tertentu sebagai pertimbangan untuk dapatkan hukuman yang lebih berat daripada OKT.

Ketiga, keterangan lisan sebagai pemberat daripada pihak pendakwaan yang boleh dipanggil ke kandang saksi seperti mangsa dalam kes tersebut bagi memberikan keterangan terhadap OKT terhad kepada pemberatan sahaja. Biasanya isu kecederaan, kehilangan, kerugian, ketakutan, trauma dan kesan daripada tindakan jenayah tersebut termasuk kerugian wang ringgit.

Sila rujuk artikel sebelum ini tentang “MITIGASI”

Sila rujuk artikel lain di -
TWITTER - www.twitter.com/hishamnazirco
INSTAGRAM - www.instagram.com/hishamnazirdotcom
FACEBOOK - www.fb.com/criminallawyermalaysia
WHATSAPP - www.wassap.my/+60139307961
WEBSITE - www.hishamnazir.com
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►