Monday, July 16, 2018

[145.18] INFEREN BAGI KEGAGALAN MEMANGGIL ATAU MENJELASKAN KENAPA GAGAL MENGEMUKAKAN SAKSI DI BAWAH SEKSYEN 114(g) AKTA KETERANGAN 1950



Isu inferen di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah isu perundangan yang banyak dibangkitkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sehingga kini. Konklusi bahawa isu ini adalah isu yang telah selesai dan dihujahkan oleh pihak Peguambela atas variasi kes jenayah yang berbeza.

Seksyen 114(g) menyebut "may" yang memberikan Mahkamah hak secara budibicaranya untuk menggunakan (invoke) inferen tersebut ke atas kes semasa dan bukan satu mandatori kepada Mahkamah menggunakannya sekiranya pihak-pihak gagal mengemukakan saksi atau keterangan.

Untuk menggunapakai (perkataan invok lebih sampai maknanya) inferen tersebut, Mahkamah perlu melihat keadaan bahawa saksi yang tidak dipanggil itu ditawarkan sebagai saksi pembelaan.

Mahkamah juga akan melihat dan menilai samada pendakwaan secara sengaja (atau dalam pengetahuannya) menyembunyikan saksi/keterangan yang ada pada pengetahuan dan jagaanya bagi menjaga kepentingan kesnya.

Akhir sekali Mahkamah menilai jika tindakan pendakwaan ini bermotifkan untuk "frustrate the defence". 

Jika 3 faktor utama ini dipenuhi, tiada sebab Mahkamah untuk menolak inferen tersebut di invok kan kepada kes berkenaan dan memberikan kelebihan kepada pihak Peguambela (pembelaan). 

Rujuk - 
Nanda Kumar Kunyikanan & Anor vs. Public Prosecutor
Ghasem Hosouri Hassan vs. Public Prosecutor
(Please do not message me for citation)

Terima kasih! 😎

Untuk artikel lain, sila ikuti kami di:
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wasap.my/60139307961
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►