Friday, April 6, 2018

[086.2018] BICARA PERMOHONAN


Bicara Permohonan pagi ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Mahkamah baru nak buka pintu, saya mata tidak berapa boleh buka dah.

MasyaAllah mengantuknya.
Dapat lunjur kaki atas sofa kulit di Bilik Peguam, lelap ni.

Bicara permohonan adalah satu pendengaran hujah-hujah ke atas kenapa permohonan itu patut dibenarkan atau ditolak.

Permohonan adalah satu permohonan oleh mana-mana pihak ke atas satu perintah tertentu yang dipohon daripada mahkamah samada memberikan kesan kepada pihak lain atau tidak.

Permohonan boleh dibuat oleh sebelah pihak yang disebut sebagai exparte. Dan pernohonan melibatkan pihak-pihak disebut sebagai inter parte.

Permohonan kepada mahkamah dibuat dalam bentuk Notis Permohonan, Saman Dalam Kamar dan Notis Usul yang bergantung kepada keperluan dan peruntukan yang menyatakan methodnya.

Okay, nak gi tidur dulu. 🤣

Follow kami utk artikel lain di:
○ www.instagram.com/hishamnazirdotcom
○ www.twitter.com/hishamnazirco
○ www.hishamnazir.net
○ www.hishamnazir.com
○ www.wasap.my/60139307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►