Monday, April 2, 2018

[082.2018] PROSIDING SAMAN PEMULA VS. WRIT SAMAN


Alhamdulillah
Permohonan pihak Defendan bagi membatalkan Saman Pemula dibenarkan dan alternatifnya Plaintif telah menarik balik Saman Pemula.

Tahniah buat counsel Cik Nur Hayati Mohamed

Saman Pemula di bawah Aturan 89 ROC adalah satu prosiding di mana permohonan dibuat melalui satu bicara yang terhad kepada afidavit dan dokumentasi sahaja tanpa memanggil saksi-saksi.

Ini lebih menjimatkan masa dan menyegerakan tindakan serta menjimatkan kos pihak-pihak.

Namun, ia terhad kepada perkara yang melibatkan isu jelas melalui dokumentasi dan tiada isu yang memerlukan keterangan lisan melalui saksi-saksi.

Sekiranya saksi diperlukan dalam membuktikan kes atau membela kes, maka Writ Saman adalah kertas kausa dan metjod yang sesuai.

Permohonan pemanggilan saksi melalui Saman Pemula atau pembatalan permohonan atau penukaran Saman Pemula kepada Writ boleh dibuat melalui Aturan 19 dan 38 ROC.

Kalau salah betulkan. Ditulis tanpa rujukan. 😅

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►