Tuesday, February 13, 2018

MAHKAMAH TOLAK RAYUAN UM KEKAL KEPUTUSAN KE ATAS 5 AKTIVIS PELAJAR

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Universiti Malaya (UM) tidak mematuhi prosedur dalam mendenda atau menggantung lima bekas pelajarnya.
Kelima-lima bekas pelajar itu didakwa menganjur dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2014.
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif memutuskan lembaga disiplin UM, jawatankuasa rayuan Um, dan Um, tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan di bawah Peraturan 54 dan 55 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997.
Peguam UM Kadar Abdullah memohon penangguhan untuk mengemukakan lima persoalan perundangan namun ditolak panel hakim, yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
Tan malah berkata universiti adalah tempat bagi pelajar mencari dan berpegang kepada idealisme.
Lima bekas pelajar itu adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan bekas ahli jawatankuasa Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.
Fahmi digantung dua semester dan denda RM600, Safwan digantung satu semester manakala pelajar lain dikenakan denda.
Mengulas keputusan itu, Haw berkata beliau lega kerana kes tersebut akhirnya berakhir selepas berlanjutan selama empat tahun.
"Ini kemenangan besar buat mahasiswa. Kami semua sudah bekerja justeru tidak semua yang dapat hadir hari ini," katanya.
Mereka diwakili peguam Edmund Bon dan New Sin Yew.
UM kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan namun ditolak panel hakim diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah pada Oktober lalu.
Pada Julai 2016, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan lembaga disiplin UM atas dasar prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar)
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
M.MALAYSIAKINI.COM

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

Older Post ►