Friday, June 2, 2017

"KENAPA TIDAK BOLEH JAMINAN...."


Jaminan Mahkamah boleh diberikan sekiranya ia kesalahan boleh dijamin. Banyak juga kesalahan tidak boleh jamin tetapi masih boleh diberikan jaminan melalui budibicara kuasa yang pada Mahkamah.

Contoh kes rogol memang kesalahan disenaraikan tidak boleh jamin. Tetapi masih boleh diberikan jaminan. Jaminan hanya sekadar memastikan kehadiran dengan syarat-syarat tambahan jika perlu.

Jaminan dinafikan sekiranya melibatkan hukuman mati, penjara seumur hidup atau hukuman yang minima yang terlalu tinggi.

Hukuman minima yang terlalu tinggi seperti kes melibatkan posesi dadah di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya.

Ada beberapa mesej tentang jaminan dalam PM saya. Harap membantu. Sila cari artikel jaminan di dalam FB page ini atau di www.hishamnazir.netyang saya postkan sebelum ini.

Tambahan: Ada mesej kata saya pun tak berentiti tak letak gambar. Adakah saya tak selayak header page di atas?. Dia tak baca semua kot. 🤣
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►