Wednesday, February 10, 2016

PROSEDUR TARIK KERETA SECARA ASAS

PROSEDUR TARIK KERETA SECARA ASAS
KPDNKK mendapati terdapat penyebaran maklumat yang salah berhubung tatacara pemilikan semula barangan yang telah tersebar.
Antara maklumat tersebut adalah bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-
1- Finance dah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah
2- Kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.
3- Pada hari cuti umum
4- Selepas jam 9 malam.
- Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula daripada KPDNKK.
- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih daripada seorang, semua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.
- Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.
Berikut merupakan maklumbalas kementerian mengenai maklumat di atas:
1. Mengikut Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011, tuan punya (bank) boleh menarik kenderaan sekiranya jumlah bayaran ansuran melebihi 75% daripada nilai barangan dan memperoleh perintah mahkamah. Jika jumlah ansuran tidak melebihi 75% daripada nilai barangan, tiada perintah mahkamah diperlukan.
2. Pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) hendaklah mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian atau dengan perintah mahkamah.
3. Manakala waktu operasi bagi menjalankan pemilikan semula adalah dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, setiap hari termasuk cuti umum.
4. Sekiranya perlukan pelanjutan masa operasi, permohonan boleh dibuat kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri dan juga Daerah.
5. Kod Etika bagi Pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) menyatakan bahawa pemegang permit hendaklah memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.
Sumber dipercayai ini daripada hasil copy pasta!

smile emoticonLebih up to date di Facebook - Hisham Nazir

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►