Tuesday, January 6, 2015

NILAI FEE GUAMAN PEGUAM




Peguam boleh menetapkan apa saja amaun legal fee yang difikirkan munasabah baginya. Antara menjadi sebab ialah kepakaran dan kemahiran yang ada padanya. Satu pengalaman yang dikutip bertahun menjarakkan mereka antara yang lain.

Senioriti tidak menjadikan peguam lebih bijak dan mahir. Sebaliknya pengalaman mereka perlu diteliti. Selain itu ada peguam nakal dan baik. Yang nakal pandai cakap dan letak fee tinggi yang mahir mencari duit tapi belum tentu pandai kerja.

Namun yang lebih penting nak saya kongsikan ialah, peguam boleh menetapkan feenya dengan mengutip bintang di langit. Rendah atau tinggi adalah budibicaranya. Jangan komplen!

_______________________________________

SITUASI HARI INI

Dilihat 3 warga asing keluar dari bilik mesyuarat pejabatku dengan seluar pendek lusuh. Baju kusut. Ditangannya beberapa item penting termasuk handphone yang dibawa dalam beg plastik (rokrak), seorang rakan bertanya;
"selekeh benar klien kao, siapa tu?"

Jawab saya, "dia datang dari USA tanya pasal prosedur syarikat di Malaysia dan proses nak buka perniagaan di sini. Yang mat salleh 2 orang tu main partner di USA. Yang Iraq tu local PR sini yang bakal jaga bisnes sini. Dia nak start skala kecil. Bual-bual kosong sahaja, charge depa RM100 je untuk masa saya. Saya suruh dia cari good company secretary untuk bantu kemudiannya"

"agak-agak kao, mereka akan berjaya di sini?" tanya rakanku.

"Sudah tentu mereka berjaya. Mereka dah millionaire di sana" jawabku selamba

Rakanku kaku setengah minit sebelum menempelak tindakan aku. "Kao charge RM100 saja??"
— at Hisham Nazir & Co.

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►