Friday, January 16, 2015

DUNIA BUKAN SEBESAR MANA - "JANGAN BAGITAHU KELUARGA"


Bila jumpa seorang klien, katanya asal di sana. Lepas berbual mengenai tugasan profesional, Uichi menyatakan kenal seseorang di kawasan tempat asalnya. "Itu Datuk saya" jawab klien. Bukan masa mana dunia ini. Akhirnya anak guru lama Uichi menjadi klien. "Tapi jangan sampai family tahu" pesan anakguam itu.

Singgah seorang klien di pejabat. Berbual-bual mengenai kesnya. Kemudian tersebut dia tentang si polan bin si polan. Oleh kerana kenal akan keluarga si polan, saya membetulkan fakta dan anakguam mengiyakannya. Tup-tup anakguam adalah sepupu. Anakguam juga bagi pesan, "jangan family tahu. Jumpa bebila buat tak kenal" pesannya. Dunia masih mengecil saiznya atau Uichi semakin besar langkahnya.

Datang 3 beradik perempuan. Semuanya cantik-cantik. Bukan nak try, tapi hati memang rasa pernah bersua dengan gadis-gadis cantik ini. Selepas berbincang mengenai kes pakciknya yang kini ditahan reman atas tuduhan mengedar dadah dan menghadapi pertuduhan melibatkan hukuman mati berganda, mereka bertanyakan Uichi orang mana. 

Uichi asalnya lebih 1000km daripada asalnya gadis-gadis itu. Tetapi rasa ingin tahu membuak, lalu bertanya asal kawasan mana di dalam negeri itu. Si adik memberitahu terus kepada nama satu kampung yang kecil dengan yakin saya tidak mengenali kampung yang kecil itu. Tetapi benar Uichi pernah bersua mereka dalam 15 tahun lepas. Masa itu mereka masih kanak-kanak dan remaja. Mereka terkejut apabila Uichi boleh bagitahu warna rumah mereka. Dunia ini makin kecil dan tidak lagi seluas mana dengan teknologi yang ada. Mereka juga pesan "jangan sampai orang kampung tahu"

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►