Wednesday, June 20, 2012

Tiga Hari Di Mahkamah Rayuan Untuk Rayuan Hukuman Mati


Tiga hari berada di Mahkamah Rayuan Malaysia membuatkan semua kerja yang sepatutnya dibuat tertangguh. Mana tidaknya, Gobind Singh Deo mengambil 2 sessi petang hari pertama dan pagi di hari kedua. Manakala Uichi Gaban mengambil sedikit sessi pagi hari kedua dan petang hari kedua. Selepas hujahan balas berakhir jam melepasi lewat jam 5 petang di Istana Kehakiman, keputusan ditangguh dengan memberikan ruang kepada hakim-hakim menilai kesemua aspek hujahan dan fakta serta perundangan selama sehari. Tangguh ke hari ketiga.

Kes tidak melibatkan orang kenamaan, tetapi ada menarik mengenai tugasan hakim di bawah garis panduan prima facie sebagaimana kes yang diputuskan selepas tahun 1997 dan secara spesifik yang digambarkan dalam kes Balachandran.

Bila fikir balik, penat mengalahkan kerja rumah batu. Dengan bekal ringkasan hujahan kepada tiga hakim yang tidak disentuh langsung. Sebaliknya kesemua hujahan ringkasan sebanyak 8 mukasurat itu diringkaskan melalui hujahan lisan Uichi Gaban. Pengerusi panel hakim turut tanya mengenai masa hujahan akan diambil. 

"15-20 minit sahaja Yang Arif" kata Uichi Gaban

Tup-tup nampaknya ringkasan menjadi tersasar dalam memberikan gambaran hujahan kepada hakim-hakim telah mengambil 2-3 jam. Perasan bila tekak kering dan mula batuk.

Penat sungguh kerja membuahkan idea. Dalam memberikan hujahan lisan terus dan rujukan terus dari rekod rayuan sememangnya mencabar. Semuanya mesti di finger tip. Semua fakta dan perundangan kena master walaupun sementara. Soalan bertalu-talu para hakim dalam mengklarifikasikan fakta dan perundangan dalam hujahan turut memerlukan jawapan spontan yang ringkas tetapi mudah faham.

Kerja ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan yang amat bagi Uishi Gaban. Tetapi untuk menelan dan makan kerja yang sama sebegini daripada 5 para pengamal perundangan yang agak mahir termasuk 3 Yang Arif Hakim, pahit juga pengalamannya. Penat sungguh!

Mohon maaf kepada semua kes jenayah dan sivil yang terpaksa dibatalkan bagi memberikan laluan kepada kes Uichi Gaban.


2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►