Monday, March 26, 2012

Servis Kereta Putra Heights - Tidak Digalakkan

Di Putra Heights baru-baru ini, sempat Uichi Gaban singgah di petang hari untuk servis kereta kebal Uichi. Tukar rod steering yang mana kena caj RM219 dan lepas diskaun dia bagi RM205. Asalnya buka tukar lining sahaja. Tapi bila buka baru bagitahu mengenainya. Suruh tukar sebelah sahaja. Itu pun dia offer RM400 siap keduanya.

Hari ini pasang sebelah lagi di kedai Melayu. Bila tanya soal kos katanya tak tinggi mana. "Abang beli spare part sendiri" katanya. Bila singgah beli di kedai spare part di Puchong tadi, baru tahu harganya hanya RM25. Upah pasang dalam RM10-15 sahaja. Aduh! Mahal sungguh yang kena dengan kedai cina dengan Putra Heights hari itu.

Pendek cerita, Uichi Gaban pesan kat anda semua kalau kereta terbang Uichi rosak dalam penerbangan sekali lagi pun, Uichi tak nak singgah sana lagi. Kedai yang dimaksudkan kedai servis kereta sebelah Pasaraya SpeedMart99.

Tobat!

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►