Monday, August 22, 2011

Minah Dilaporkan Hilang Daripada Rumah

Ini gambar Milah yang seakan dengan Minah

Dah seminggu "Minah" seekor kucing Domestic Short Hair hilang daripada rumah Uichi Gaban. Dengan usia muda lebih kurang 2-3 bulan itu, Minah tidak pandai keluar daripada pagar semenjak semua pagar dipasang jaring besi bersaiz kecil.

Kucing itu seperti Milah juga, seekor kucing jalanan yang diselamatkan oleh seorang rakan petfinder di tengah jalan di satu kawasan di Ampang dan diberikan untuk jagaan kepada saya.

Saspek utama ialah kanak-kanak yang sering dok ulang alik di bahagian dapur dan laman utama rumah kerana mereka sering dok usha kucing-kucing Uichi Gaban. Pernah satu ketika kucing-kucing tu dijerut. Nak kata bodoh, budak lagi.

Pencarian telah dibuat di kawasan sekitar tetapi tidak kelihatan. Anak kucing yang seperti gambar di atas hilang bersama rantai kucing berwarna merah di lehernya. Itu membawa makna, ia bertuan. Namun kami sekeluarga saspek kucing di ambil melalui bahagian bawah pagar rumah kami dan di bawa lari atau lebih kepada culik.

Kucing yang terlatih menggunakan tandas pasir dan menerima layanan makanan premium itu sudah lebih seminggu daripada jagaan Uichi Gaban terutama anak Uichi Gaban, Tok Syeikh Serban Merah. Kalaulah yang mengambilnya membela baik, keluarga Uichi Gaban tak ralat mana. Tetapi kalau dianiayai si Minah tu, kesian dia. 

Bela kucing untuk sunnah sahaja.

3 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►