Friday, June 3, 2011

Abuya Ustaz Ghazali Hasbullah Meninggal Dunia Malam Tadi


Ustaz Ghazali Hasbullah atau dipanggil Abuya oleh pihak Uichi Gaban mahupun pihak Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya, telah meninggal dunia malam jumaat iaitu malam semalam, 02.06.2011 bersamaan 1 Rejab.

Perkenalan Uichi Gaban dengan Arwah banyak berkisar di Surau Ar Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam yang mana sering mengikuti kuliah maghribnya di sana. Perhubungan itu dipanjangkan melalui Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya dan melalui Uichi Gaban secara peribadi melalui beberapa aktiviti kelab dan singgahan peribadi Uichi Gaban.

Semasa hayatnya, beliau dikenali dengan ketegasannya dalam menyampaikan kuliah secara telus tanpa rasa takut. Malah hilang rasa gerunnya kepada sesiapa sahaja kepada Allah menyebabkan beliau pernah ditahan ISA menurut beberapa ustaz.

Usaha beliau menyampaikan kuliah tidak sahaja kepada Lembah Klang malah ke mana sahaja sehingga utara dan selatan bagi membolehkan beliau menyampaikan ilmu Islam dan mencari dana bagi Darul Atiq dalam masa yang sama.

Darul Atiq, sebuah tempat pengajian ilmu disamping pemulihan akhlak serta perlindungan kepada anak yatim dan ibu tunggal diasaskan oleh Arwah semasa muda bersama isteri beliau. Asal hanya didirikan sebuah pondok buluh untuk berteduh dan seterusnya berkembang menjadi pondok menjadi tempat mereka dahagakan ilmu Islam dan praktikalnya.

Sepanjang mengenali beliau, cukup dikenali sebagai orang yang makbul doanya. Mungkin mengenai amalannya antara lain gagal meninggalkan solat malam seminima 60 rakaat setiap malam yang diamalkan berpuluhan tahun.

Walaupun perkenalan hanya seketika, Uichi Gaban amat percaya yang bayangan Arwah akan terus hidup bagi yang sempat mengenali beliau. Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik beliau.



4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►