Tuesday, May 24, 2011

Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Agama dan IT Kerajaan Belum Sentuh Apa-Apa Lagi Mengenai Minah Ni?



Minah ni dah glamer semenjak tahun lepas rasanya dengan pelbagai ayat menguriskan hati Orang Islam dengan fakta yang salah dan mencerca Islam secara terbuka di Facebook. Tetapi masih lagi menjalankan kerja yang sama. Siapa dia sehingga penguatkuasa yang ramai di Malaysia tidak berjaya berbuat apa-apa.

Apabila semua kemaksiatan dan penghinaan sebegini ditimbulkan selalunya pihak berkaitan IT kerajaan memang lambat. Jabatan IT jabatan agama lagi lambat. Uichi Gaban pun tak tahu apa yang Jabatan IT di sektor agama buat dalam tugasannya. Semua dah heboh satu malaya baru nak jadi hero. Bila nak Islam dihormati bila kerja sedemikian.

Kalau dalam isu Raja Perak dan Raja Johor pun pihak IT boleh mencari identiti pelaku, bagaimana minah ini boleh membuat onar sehingga kini. 

Secara peribadi, Uichi Gaban tidak berminat untuk menghukum atau menggalakkan hukuman ke atas minah ini tetapi sekadar kalau ia boleh dibendung mahupun ditayangkan identitinya oleh penguatkuasa kerajaan, cukup la. 

Kerana Uichi Gaban tahu yang biasa buat sedemikian bukan IQ tinggi sangat apalagi ilmu agamanya.


2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►