Thursday, March 17, 2011

Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah: Apa itu Penahanan Reman?




















Ada orang bertanya melalui www.hishamnazir.com mengenai penahanan reman yang dikenakan ke atas saspek jenayah yang biasa dibaca di dada akhbar.

Bila bercakap mengenai penahanan reman atau lanjutan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ), ia adalah suatu penahanan yang membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh pihak penguatkuasa (samada polis, kastam, imigresen, BPR dan sebagainya).

Sebelum Seksyen 117 KAJ terpakai, Seksyen 28 KAJ terdahulu di baca dan dilaksanakan yang mana Seksyen 28 adalah peruntukan yang jelas mengenai penahanan saspek yang dibuat oleh pihak polis (samada selepas tangkapan awam. Topik tangkapan akan dibincangkan kemudian) harus dimulakan siasatan ke atasnya. Penahanan tersebut juga tidak boleh melebihi 24 jam dan dalam masa 24 jam tersebut pihak penguatkuasa melakukan sesuatu samada saspek dilepaskan atau diberikan jaminan. Jaminan biasanya dipanggil Jamin Mulut atau Jamin Polis.

Apabila tiada jaminan ditawarkan mahupun difikirkan tidak wajar untuk dilepaskan saspek dalam masa 24 jam tersebut, maka saspek perlu dikemukakan di hadapan seorang Majistret (Masjitret bukan satu-satunya pihak yang berkuasa memberikan kuasa reman. Namun secara praktikalnya Majistret adalah pihak yang bertanggung jawab dalam tugas reman) selaras dengan Seksyen 117 KAJ.

Seksyen 117 KAJ memberikan kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas saspek tersebut dengan alasan siasatan masih tidak sempurna dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan pihak penguatkuasa. Namun perlu diingatkan bahawa tahanan reman atau lanjutan tidak boleh dibenarkan bagi memulakan siasatan kerana pihak penguatkuasa sudah mempunyai masa 24 jam bagi memulakan siasatan. Namun, secara praktikalnya, siasatan dibuat terdahulu baru tangkapan dibuat.

Dalam permohonan kepada pihak Majistret dalam mendapatkan penahanan reman atau lanjutan reman, pihak penguatkuasa perlu memberikan butiran siasatan yang telah dibuat dan apa yang masih perlu dilakukan serta berapa hari diperlukan bagi berbuat sedemikian. Sehubungan dengan itu, buku catatan harian / siasatan perlu ditunjukkan kepada pihak Majistret sebelum dibenarkan bagi tahanan reman atau lanjutan sebagaimana yang dipohon.

Secara paktikalnya, kesemua itu hanya dibuat apabila saspek diwakili oleh peguam. Praktikalnya pihak Majistret akan membenarkan permohonan pihak penguatkuasa sebagaimana yang dimohon (kecuali menggunakan budibicara dalam menetapkan jumlah hari) walau apa jua alasannya.

Sebab itu pernah satu ketika Kawe hanya tersenyum bila seorang makcik mengeluh di Mahkamah Majitret Petaling Jaya apabila anak beliau yang ditahan bagi urine test pun direman sehingga 10 hari sebelum didakwa di Mahkamah (bagi kes urine, pendakwaan dimulakan tanpa mengetahui samada dadah benar-benar diambil oleh saspek kerana ujian kimia masih belum siap).

Di bawah Seksyen 117 (3) KAJ, pihak Majistret mempunyai kuasa bagi membenarkan satu perintah penahanan reman dibuat ke atas saspek sehingga 14 hari.

Pihak Majistret boleh menolak permohonan reman oleh penguatkuasa sekiranya berpendapat bahawa permohonan tersebut tidak perlu dan kerjasama siasatan daripada pihak saspek masih boleh diperolehi walaupun beliau tidak direman (dalam jagaan pihak polis) dan tiada unsur atau faktor bahawa saspek tersebut akan melarikan diri daripada pihak penguatkuasa.

Praktikalnya, Kawe pernah selisih dengan kes sebegini apabila dihujahkan, Majistret menolak permohonan lanjutan reman ke atas seorang pegawai kanan polis apabila bersetuju dengan hujahan bahawa saspek yang bertugas sebagai pegawai kanan polis itu tertakluk kepada pekerjaannya selaku polis dan sistem pengenalannya yang tidak memungkinkan beliau untuk melarikan diri.

Dalam keadaan lain, ada pihak polis memberikan jaminan polis kepada saspek apabila melihat saspek tidak mungkin akan melarikan diri dan memberikan kerjasama dengan baik. Sementara dalam jaminan polis, saspek mungkin akan dipanggil pada bila-bila masa bagi membantu siasatan.

Artikel ini RePost semula daripada artikel terdahulu


2 komen:

MOHAMAD FARUQ said...

Kalau dah reman 14hari...polis boleh tambah reman lagi ka? Kalau reman ditambah kita boleh saman polis ka?

Anonymous said...

Anak saya direman atas kes buli di sekolah. .. Dibawa oleh pihak sekolah ke balai kerana polis tidak boleh tangkap pelajar di kawasan sekolah.
Ibu bapa tidak dimaklumkan sebelum itu...hanya selepas itu dihubungi.
Anak tidak boleh dilawati selagi tiada kebenaran daripada pegawai penyiasat (IO)
IO pulak tidak dapat dihubungi sama ada melalui panggilan, sms dan watsapp ... anak ditahan semalaman di lokap
mana ibu bapa tak sedih, anak turun sekolah terus tak jumpa kerana ditahan polis.


Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2013-2015 Uichi GabanThe Written Submission Original Design by Farhan and Inovated byHisham Nazir