Sunday, March 13, 2011

"Saya Tak Pakai Kad Kredit, Maaf Nyer!"


Sepanjang hidup, Uichi Gaban ada beberapa kad kredit tapi sudah potong dan masih ada 2 kad lagi yang sedang nak potong. Bank pun suka kot maklumlah ada pun macam tiada asyik tiada penggunaan sahaja. Tiada untung bagi mereka.

Kalau tiada kad kredit, bunyi macam tak grand la hidup ini. Orang semua bayar pakai kad. Kita pakai cash sahaja. Tapi baiknya kalau pakai tunai bila membayar, pembelian terhad kepada tunai yang ada. Maka hutang tidak bertambah dan bebanan hutang tidak diluar kawalan. Dalam masa yang sama, tidak risau memikirkan had dan cara pembelian kerana kad kredit dan bil bulanannya serta pembayaran kepada penyedia perkhidmatan.

Bila sebut kad kredit nampak bunyinya komersil dan stylo. Tetapi kalau disebut kad hutang rasanya pelik tetapi itu realiti apabila kita menggunakan secara berhutang. Kalau ada tunai kenapa nak berhutang. Secara Alternatifnya boleh menggunakan cash card.

Tidak salah untuk menggunakannya dan harus tetapi jika diberikan pilihan kenapa ingin hidup dalam berhutang sekiranya Islam cuba mengelakkannya. Namun dalam beberapa segi, pemakaian kad kredit diperlukan juga bagi kemudahan terutama transaksi tertentu seperti dalam talian dan sebagainya.

Cuma hati-hati dalam menggunakannya kerana ini masalah kecil yang kini menjadi besar dan menjadi keserabutan dalam kewangan kerajaan. Malah ramai anak bangsa kita bankrap kerananya. Walaupun banyak kelebihan, Uichi Gaban nak kongsikan beberapa petua agama yang diingatkan oleh Kiyai Dr. Mirfan antaranya berhutang menambahkan susah rezeki. Membayar hutang dan sedekah memudahkan rezeki.







4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►