Wednesday, February 2, 2011

Sufyan bin Uyainah: Ustaz Mesir pun tak kenal?


Ada orang bertanya Uichi Gaban mengenai nama-nama anak Uichi Gaban yang agak unik dan tiada makna kerana kebanyakannya adalah nama arab dan dinamakan bersandarkan kepada tokoh tertentu dalam dunia Islam. Dalam pertanyaan itu ada juga meminta pandangan mengenai nama anak. Tokoh mana yang baik untuk dinamakan kepada anaknya. Uichi Gaban ada pernah bertanya "nak nama yang macamana?" seorang bapa katanya nak yang jenis (harapan) pandai baca dan hebat dalam menguasai Quran. "saya cadangkan nama Musa Abbas" cadangan Uichi Gaban. Tak pasti diterima ke tidak.

Teringat mengenai perkara berkenaan, Uichi Gaban akan tuliskan artikel mengenai tokoh tertentu dalam mencerita sedikit sebanyak kisah mereka sebagai teladan. Bukan untuk cadangan nama anak sahaja tetapi supaya Uichi Gaban mahupun rakan-rakan di luar sana suka untuk membaca dan mengetahui mengenai tokoh-tokoh Islam yang banyak memperjuangkan akidah dan ilmuwan Islam tetapi tidak berapa glamour.

Selepas pulang dari surau, Uichi Gaban menanyakan isteri mengenai Sufyanbin Uyainah. Beliau kata tak tahu. Kalau ikut kisah Sufyan bin Uyainah, Ustazah dan Ustaz Mesir patut kenal siapa dia.

Sufyan bin Unaiyah atau disebut Imam Sufyan bin Uyainah adalah satu ulamak besar dalam ilmu hadis yang mana ulamak hadis muktabar sebelum zaman Imam Bukhari. Selain daripada belajar dan mengutip secara personal daripada ribuaan guru termasuk 4 pengasas mazhab utama ahli sunnah waljamaah.

Nama beliau tidak agak janggal oleh Uichi Gaban tetapi malam tersebut Ustaz Hasnul ada tersebut mengenai nama Imam Sufyan bin Uyainah dalam kuliah hadisnya. Diceritakan satu kisah yang Uichi Gaban tidak tahu mengenainya. Seronok!

Imam Sufyan bin Uyainah sememangnya seorang yang amat warak dan sekecil umur 7 tahun, beliau telah mampu mengenali Quran dengan baik dan berada di bawah jagaan guru Quran Mekah termasyhur iaitu Abdullah Ibn. Katheer Ad Dari sehingga guru tersebut meninggal dunia semasa berumur 120 tahun dan Imam Sufyan bin Uyainah berumur 13 tahun. 

Kehebatan dalam ilmu hadis amat dikagumi dan Imam Syafie turut pernah mendapatkan hadis-hadis daripadanya. Hadis-hadis hafalan beliau amat banyak menjadikan beliau sebagai rujukan utama ulama hadis. Namun pada masa itu, beliau tidak pernah menulis dan mengumpulkan semua hadis berkenaan. Ini mungkin kerana pada masa itu masih belum sampai zaman membuku ilmu dengan baik. Namun selepas kematiannya, anak-anak muridnya telah mengumpulkan ilmu hadis dan menulisnya. Kehebatan beliau dalam ilmu hadis dan kisah beliau mempelajari ilmu daripada ribuan guru ini amat sukar untuk diceritakan. Malah penguasaannya dalam kesemua ilmu yang dipelajari adalah usia yang jauh lebih muda daripada Uichi Gaban sekarang ini.

Tapi diruang yang sedikit ini, Uichi Gaban ingin menceritakan 2 kisah bagaimana Imam Sufyan bin Uyainah selaku ulama memiliki satu kelebihan Allah SWT berikan iaitu doa yang mustajab.

Kisah Pertama - Semasa remaja, Imam Sufyan bin Uyainah berpakat dengan 2 orang rakan lain untuk belajar dari satu tempat ke satu tempat sehingga mampu menguasai kesemua ilmu. Sampai satu tempat, perancangan kewangan mereka terbantut akibat ilmu yang dituntut ditempat berkenaan masih belum habis dipelajari. Akibat daripada itu, mereka bertiga telah berlapar dan tidak makan untuk beberapa hari. Oleh kerana sangat lapar dan memudharatkan mereka, mereka bermesyuarat maka oleh kerana status pelajar mereka bersetuju agar seorang pergi meminta wang (sedekah) manakala 2 lagi pergi belajar.

Imam Sufyan bin Uyainah ditugaskan keluar meminta sedekah. Terdetik pada Imam Sufyan oleh kerana diputuskan untuk meminta tetapi tidak diputuskan untuk meminta daripada sesiapa, maka beliau telah meminta daripada Allah SWT secara terus melalui doa secara berterusan.

Hebatnya ilmu dan akhlaknya yang mana Allah SWT sendiri memberikan mimpi kepada raja negeri dan memaklumkan bahawa terdapat 3 pelajar yang sedang nazak kelaparan dalam menuntut ilmu. Maka para menteri pun mencarilah pemuda yang bernama Imam Sufyan itu melalui gambaran yang dinyatakan melalui mimpi raja berkenaan. Mereka berdua (Imam Sufyan masih berdoa di tempat lain) ditemui dalam sebuah masjid dan setelah disampaikan berita berkenaan, mereka dimaklumkan bahawa sejumlah wang yang banyak telah dikeluarkan daripada baitulmal dan raja sendiri akan memberikan kepada mereka pada keesokan paginya.

Apabila perkara ini diketahui oleh Imam Sufyan bin Uyainah, beliau terus memutuskan untuk lari daripada negeri berkenaan kerana bimbang sekiranya perkara sebegini diketahui umum dan mereka dikenali maka mereka akan jadi terkenal dan akan menjejaskan peluang mereka belajar dan mendalami ilmu. Maka mereka lari daripada negeri berkenaan pada malam tersebut

Menurut kisahnya, Raja berkenaan telah menyatakan bahawa setelah wang tersebut dikeluarkan daripada baitulmal bagi kegunaan zakat kepada mereka bertiga untuk belajar maka wang zakat berkenaan tidak boleh dimasukkan kembali ke dalam baitulmal. Maka wang zakat berkenaan tetap menjadi milik mereka bertiga tetapi oleh kerana telah tinggalkan negeri berkenaan, maka raja berkenaan telah menggunakan wang zakat berkenaan bagi menubuhkan Madrasah Az Zahrah. 

Walaupun mereka tidak mahu mengejar nama tetapi mahu terus mengejar ilmu tetapi Allah SWT kemudiannya telah angkat darjat mereka dengan tinggi dengan seluruh orang Islam memperingati nama dan jasa mereka. 

Anda tahu di mana lokasi Madrasah Az Zahrah yang ditubuhkan menggunakan wang zakat mereka?. Sudah tentu anda tidak sekali-kali akan temuinya kerana ia adalah asas penubuhan kepda satu jami'u (universiti) dan ia tidak dinamakan Madrasah Az Zahrah lagi tetapi dikenali sebagai Jamiu Azhar (Universiti Azhar, Mesir)

Kisah Kedua -  Diceritakan oleh Al Hassan bin Umran bin Uyainah iaitu anak saudara Imam Sufyan bin Uyainah bahawa beliau ada menemani Imam Sufyan bin Uyainah semasa berumur 91 tahun ke Mekah membuat Haji pada tahun 197H. Apabila sampai di Muzdalifah selepas selesai di Arafah, Imam Sufyan bin Uyainah sembahyang dan setelah selesai beliau berbaring untuk tidur dan menyatakan sesuatu kepada anak saudaranya itu. 

Antara lain katanya;
"Aku telah hadir di sini (Muzdalifah) sebanyak 70 kali (70 kali haji selama 70 tahun). Setiap kali aku sampai, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar tidak menjadikan lawatan Haji ini adalah lawatan kali terakhir. Sudah 70 kali aku memohon perkara yang sama. Aku amat malu untuk memohon perkara yang sama."
Ulama besar itu telah meninggal dunia pada tahun tersebut sebelum musim haji tahun 168H. Ulama hadis berkenaan dikebumikan di Al Hajoon, Mekah.

Kita nak jadi muhadisin pun tak layak. Siapa mereka untuk diperlekehkan, maka cuba kenali mereka sebolehnya melalui ilmu dan perjuangan mereka.





2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►