Thursday, February 10, 2011

Suasa Haram Untuk Lelaki?


Tak jumpa isu cincin suasa oleh Ustaz Azhar Idrus, penerangan Ustaz Dr. Asri pun boleh rujuk juga

Bermula hari ini tangan Uichi Gaban tidak bercincin lagi. Rasa gatal seharianya sebab tiada cincin di jari tangan. Biasa dengan cincin di jari, ibu jari akan hadir mengacau jari manis. Jari-jari manis akan mengetuk dari bawah.

Secara amnya, masyarakat Malaysia menggunapakai suasa kerana percampuran antara emas dan tembaga mahupun suasa membolehkan pemakaiannya tanpa kita sedari yang kita sendiri tidak tahu daripada mana dalil penerimaannya.

Semalam dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus yang mana isu pemakaian suasa dikalangan lelaki yang mana Ustaz Azhar menerangkan bahawa isu suasa sememang ada percanggahan dalam pemakaiannya tetapi menurutnya tiada pandangan dan dalil mengharuskan suasa. Malah kesemua pandangan ulamak muktabar menyatakan bahawa suasa itu haram kepada lelaki.

Dalam satu hadis yang dinyatakan bagaimana Rasulullah SAW mengangkat sutera sebelah kiri dan emas sebelah kanan dan bersabda bahawa kedua-duanya haram bagi kaum lelaki.

Selepas pernyataan Rasullulah itu, ramai para sahabat membuka perhiasan emas mereka. Malah riwayat juga menceritakan bagaimana Rasullulah SAW juga mengenakan emas sebelum diharamkan pemakaiannya.

Uichi Gaban setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Asri dalam menggunapakai pandangan sedia ada. Jangan adalah ilah @ elat dalam menjadikan sesuatu sebagai harus.

Uichi Gaban kena jumpa tokey emas Kelantan untuk siapkan cincin kemas rotan berpahat jawa baru dengan menggunakan perak. Boleh pakai saiz besar sikit sebab pandangan ulamak jimatkan perhiasan pada lelaki dan murahkan rezeki kaum hawa dan tinggikan darjat suami (sebab belanja isteri dengan perhiasan emas-emas)..





0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2013-2015 Uichi GabanThe Written Submission by Peguam Jenayah Original Design by Farhan and Inovated byHisham Nazir