Tuesday, January 25, 2011

Perbicaraan Kes Pecah Amanah Diteruskan


Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen hari ini memulakan perbicaraan ke atas seorang wanita dan seorang lelaki yang dituduh pecah amanah kepada sejumlah wang majikan. Pertuduhan yang dijalankan semenjak 2007 hanya dimulakan perbicaraan penuh pada pagi tadi.

Pagi tadi juga Mahkamah dimaklumkan beberapa saksi hadir tidak termasuk Pengadu kes ini. Dalam masa yang sama, beberapa dokumen hanya diserahkan beberapa minit sebelum pihak pembelaan memulakan soal balas kepada saksi pertama pihak pendakwaan, seorang pegawai bank.

Sebelum itu Mahkamah membenarkan saksi pertama berkenaan dipanggil semula bagi membolehkan pihak pendakwaan menenderkan beberapa dokumen kepada saksi berkenaan yang mana akan hadir lagi kemudian. Bagaimanapun menolak permohonan pihak pembelaan yang memohon agar soal balas dapat ditangguhkan memandangkan saksi sama akan hadir kemudian dan membolehkan pihak pembelaan meneliti dokumen-dokumen termasuk yang baru sahaja diperolehi beberapa minit sebelum soal balas dibuat oleh pihak pembelaan.

Dalam masa yang sama, pihak pembelaan dibenarkan menangguhkan kes berkenaan pada hari esok dan lusa bagi memberikan laluan kepada pihak peguam hadir ke Ipoh bagi satu kes Mahkamah Tinggi Ipoh bagi kes melibatkan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya memandangkan perkara tersebut telah ditetapkan dan peguam baru sahaja dilantik bagi kes ini.


1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►