Tuesday, January 11, 2011

Mahkamah & Lawaknya Dalam Prosiding Perceraian

Dalam prosiding jenayah yang biasa Uichi Gaban kendalikan jarang benar Mahkamah baik pihak Pendakwaan mahupun Pembelaan membuat joke dalam Mahkamah. Mungkin kes jenayah agak serius dan tidak sesuai untuk berbuat sedemikian lebih-lebih lagi ada pihak awam. 

Cuma kekadang lawak dalam bentuk seksyen dan statut ada juga terkeluar. Terubat sereban punggung untuk bicara dari pagi sehingga rapat petang.

Tetapi kalau dalam prosiding perceraian banyak cerita lawak baik daripada peguam mahupun Mahkamah yang  boleh didengar. Kekadang bukan lawak bagi mereka tetapi lawak bagi orang awam.

Ada orang bertanya Uichi Gaban kenapa?

Uichi Gaban kata mungkin mahkamah ini melibat emosi lebih banyak daripada peruntukan perundangan. Kawan Uichi Gaban gelak. Uichi Gaban kata lagi yang mungkin Hakim pun manusia, kalau boleh depa pun tak mahu semua itu berlaku.

"Baru dua bulan dok asing, biasa la gaduh laki bini. Saya yang gini pun selalu gaduh dengan bini saya. Kalau saya bagi masa 3 bulan awak fikir boleh?" Hakim mencuba sesuatu.

"Betul ke nak cerai ni. Tak sayang ke. Lawa lagi tu." Pernah juga Hakim berlawak sedemikian. Lawak yang menjadi asas kalau mereka ingin memikirkan kembali.

Tak de perasaan betul ke ni. Kalau saya jadi orang awam dan turun tekel isteri awak ni awak rasa macam mana? Hakim nak memastikan betul ke nak bercerai

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►