Thursday, January 20, 2011

Berubat Dengan Muntah Untuk Menghilangkan Pening & Menajamkan Mata

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Tirmidzi menyatakan antara lain bagaimana satu contoh dibuat oleh Rasullullah SAW selepas muntah, Baginda telah mengambil wuduk. Ramai tidak mengetahui mengenai perkara ini malah rahsianya tidak pernah dirungkaikan oleh mana-mana bidang perubatan. (Hadis lengkap boleh rujuk kepada kitab hadis)

Dalam Tibb Nabawi dinyatakan bahawa mengambil wuduk selepas muntah akan memberikan kestabilan dan keseimbangan kepada diri kita yang mana hilang dan berkurangan atas sebab muntah tadi. Pada masa yang sama, muntah boleh menjadi sebab sihir atau pihak yang senang untuk disihir, maka wuduk adalah pendinding pada masa singkat dan termudah.

Bukan itu yang ingin dikongsikan tetapi bagaimana muntah ini juga satu jenis perubatan yang diamalkan oleh para ilmuwan Islam atas apa yang dilaksanakan oleh Rasullullah SAW.

Muntah ini tergolong dalam satu tindakan menyucikan perut. Selain daripada muntah, penyucian boleh dibuat melalui membuang air besar melalui cara biasa atau melalui pengambilan ubat-ubatan. Untuk kemudahan, Rasullulah SAW menggariskan pemakanan yang baik seperti buah-buahan akan memberikan kesan baik dalam sistem percernaan. Cuba amalkan kurma. Selain daripada itu madu dan khal (cuka asli) juga memberikan kesan baik kepada sistem percernaan kita.

Bagi masyarakat melayu mungkin ada penyelesaian lain seperti petai, menkudu, pisang dan sebagainya. Yang moden lagi berlambak produknya.  

Muntah boleh dibuat melalui sengaja dengan tangan atau apa jua cara yang tidak memudharatkan. Diingatkan bahawa amalan ini seeloknya jangan dibuat kerap. Maksima mungkin 2 kali sebulan agak berpatutan. Malah diingatkan kepada tubuh yang tidak kuat mahupun mempunyai penyakit kronik tidak digalakkan berbuat sedemikian. Muntah boleh dibuat sehingga rasa puas. Selepas itu berwuduklah.

Nak mudah lagi, gosok sahaja lidah anda sambil menggosok gigi anda. Antara kaedah muntah ialah semasa muntah perlu dibuka mata, selepas keluar muntah, suka hati anda nak buka atau pejam. Tapi raliknya mata akan terpejam. Pegang perut dan kuatkan tekanan sebelah kiri.

Perkara yang sama dilakukan semasa membuang air besar. Menariknya, biasa selepas muntah kita akan rasa ingin membuang air besar. Tak semestinya tapi kebiasaannya begitulah.

Antara kebaikannya ialah dapat menajamkan pandangan anda, menghilangkan pening kepala, menajamkan fikiran serta beberapa kebaikan lain.

Kaedah muntah juga digunapakai di dalam perubatan Islam dalam mengeluarkan sihir dan bahannya dariapda badan selain daripada perubatan untuk ketagihan bahan seperti dadah.

Cubalah kalau berani!

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►