Harimau & Bola - Tahniah Kepada Rakyat Malaysia!

By Admin on 12/30/2010 11:28:00 AM

komen (2)

Filed Under:

Jangan Lupa Klik SHARE

Sepatutnya Uichi Gaban tak menulis sampai Tahun Baru sebab dah ada entry mengenai tahun Baru tetapi semangat kerana Indonesia dikalahkan bola, maka saja nak kongsi kegembiraan walaupun sedih kerana cuti esok.



Bagaimanapun, beringat juga sebab takut naik jatuh menjunam. Dulu pun kita dah naik tinggi bab bola ni. Sekali tenggelam, kalah tenggelam kapal Portugis.

Harap boleh konsisten dengan permainan yang ada. Esok cuti, gamaknya ramai yg balik kampung. Rosak program Uichi Gaban..


Share/Save/Bookmark
Selamat Tahun Baru - SubhaALLAH! Change Me!

By Admin on 12/29/2010 12:20:00 PM

komen (0)

Filed Under: , ,

Jangan Lupa Klik SHARE



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu seluruh kebaikan, 
baik yang sekarang maupun yang akan datang , 
yang aku ketahui maupun tidak aku ketahui. 
Dan memohon perlindungan kepada-Mu dari seluruh kejahatan, 
baik yang sekarang maupun yang akan datang , 
yang  aku ketahui  maupun yang tidak aku ketahui. 

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikan yang diminta oleh HambaMu dan Nabi-Mu, 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan Nabi-Mu berlindung kepada-Mu darinya. Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu Surga dan apa-apa yang dapat mendekatkan kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apaapa yang dapat mendekatkan kepadanya, 
baik berupa ucapan dan perbuatan. 

Dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang telah Engkau tetapkan merupakan suatu kebaikan..






Maaf, Uichi embed versi arab sebab english Uichi Gaban agak teruk. "I can speak english but sometime broken!"


Share/Save/Bookmark
Penjual Ikan Diperintahkan Membela Diri Bagi Kes Pengedaran Dadah

By Admin on 12/26/2010 01:02:00 AM

komen (0)

Filed Under:


Ipoh: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan kes prima facie ke atas seorang peniaga ikan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dipanggil membeladiri.

Penjual ikan berkenaan yang ditangkap di Pantai Remis, Manjung pada sekitar 2007 telah memberikan keterangan beliau secara bersumpah dari kandang saksi pada hari ini dan selesai pada jam 5.00 petang. Pihak Pembelaan menyatakan kepada Mahkamah Tinggi bahawa satu lagi saksi akan dipanggil bagi memberikan keterangan bagi pihak Pembelaan pada tarikh yang telah ditetapkan kelak.

klik di sini


Share/Save/Bookmark
Peguam Pemerhati - Satu Kerja Untuk Peguam Yang Remeh?

By Admin on 12/22/2010 05:38:00 AM

komen (2)

Filed Under: ,


Selain daripada melaksanakan kerja-kerja profesional sebagai pihak-pihak dalam tindakan baik sivil atau jenayah, ada satu lagi tugas peguam yang biasanya dilantik bagi satu kepentingan lain, iaitu sebagai peguam pemerhati.

Ada orang bertanya, maka Uichi Gaban nak cerita dalam bentuk mudah faham.

Peguam Pemerhati perlu dibezakan dengan pihak Pencelah yang mana pihak Pencelah adalah pihak yang terus dan berkepentingan serta ada locus standi untuk mencelah dalam kes atau guaman berkenaan secara terus. Malah untuk memohon meletakkan locus standi sebagai pencelah mesti melalui permohonan rasmi dan ada bantahan mahupun pendengaran bagi permohonan tersebut.

Manakala Peguam Pemerhati boleh dikatakan peguam yang bertindak bagi satu pihak bagi membolehkan status kes boleh dirujuk kepada anakguam mereka serta dengan nasihat-nasihat perundangan dan juga bantuan teknikal perundangan agar anakguam yang terlibat lebih memahami mengenai perjalanan kes atau guaman berkenaan.

Banyak berlaku di dalam kes jenayah yang mana peguam boleh dilantik bagi membuat pemerhatian kepada kes yang melibatkan anakguam mereka. Dalam banyak kes seperti kes jenayah, peguam akan mewakili mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan bagi membolehkan status dan nasihat perundangan diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan kes mereka kepada Orang Kena Tuduh kerana pendakwaan utama dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya.

Selain daripada mewakili mereka yang terlibat secara langsung, ada juga peguam mewakili pihak yang tidak berkenaan tetapi mempunyai sedikit kepentingan untuk mengambil tahu mengenai perjalanan kes berkenaan. Sebagai contoh mudah; sebuah syarikat biasa melantik seorang peguam pemerhati apabila kes melibatkan pengarah mereka dan pihak yang berkaitan dengan syarikat berkenaan. Perkara yang sama boleh berlaku kepada mana-mana jabatan kerajaan dan pertubuhan juga. 

Peguam Pemerhati tidak semestinya peguamcara dan peguambela. Mungkin mereka hadir bagi pihak kerajaan, sudah tentu daripada pejabat Peguam Negara.

Peguam Pemerhati kebanyakan kalau dilihat kerjanya di Mahkamah, hanya duduk dan menulis sahaja. Tetapi dalam praktikalnya, walaupun mereka tidak berapa 'berlocus standi' tetapi mereka boleh membuat apa jua cadangan dan bantuan kepada pihak Mahkamah mahupun pihak pendakwaan atau pihak-pihak berkepentingan kepadanya dalam menjalankan kes.

Peguam Pemerhati juga bertugas dalam memastikan perjalanan kes dengan baik dan membuat inquiry dan penampilan lebih baik dalam berkenaan agar pihak-pihak tidak tersasar. (perenggan ini susah nak terang, kena tanya direct lain kali.)

Kalau dilihat dalam tugas ini, bukan anda sahaja tetapi Uichi Gaban pun merasakan seperti tugasan ini layak kepada semua peguam dan semua peguam mampu melaksanakannya. Tetapi percayalah, tugasan ini diberikan atas dasar anakguam percaya dan mahukan kemahiran tersendiri peguam berkenaan dalam kes yang bakal diwakili. Tetapi cerita praktikalnya, tak perlu diceritakan.. bos-bos di luar sana kena ambil ikhtibar!

Bagi Uichi Gaban sendiri pun pernah dilantik dalam satu kes jenayah yang mana ingatkan selepas 'menang' kes jenayah yang sama, seorang lelaki yang mendekati akan melantik untuk menjalankan kerja pembelaan sebagaimana biasa tugasan profesional peguambela tetapi sangkaan meleset. Kata; "saya perlukan kemahiran awak untuk update kes ini tentang bagaimana nak kuatkan kes pendakwaan dan bagaimana seorang peguam jenayah (pihak pembelaan) berfikir"

Rupanya yang menegur adalah pengadu. Tugasan itu bukan mudah tetapi dianggap mudah. Praktikalnya, tidak perlu diceritakan.. sendiri mahu ingat!

klik di sini


Share/Save/Bookmark
Lawyer Tidak Buat Kerja!

By Admin on 12/21/2010 12:37:00 PM

komen (2)

Filed Under: ,

Biasalah, ramai bila tukar peguam itu dan ini. Mereka akan berkata, "lawyer dulu tak buat kerja". "Susah nak dengar kata kita". Cakap macam dia pulak lawyer. Dah pandai baik buat sendiri, tiada gunanya kerajaan dok menanggung kami belajar 4 tahun. Kalau kursus lain 3 tahun pun boleh graduate.

Sebagai peguam, kita takleh nak kata apa. Dengar apa sahaja klien membebel mengenai lawyer lama. Dalam hati, kita sememangnya tahu pada asasnya semua lawyer adalah profesional dalam kerjanya. Kerana atas profesional tersebut mereka mencari sesuap rezeki kepada anak bini mereka.

Apa yang menjadi isu tersirat kebanyakan masalah ini timbul apabila menggugat ke-profesional-an peguam itu. Berdasarkan pengalaman Uichi Gaban, ada 2 perkara besar yang menjadi isu dan mengugat kerja-kerja peguam. Satu tali pengikat kepada profesional kami seperti yuran guaman agak diremehkan. Khidmat suatu kepandaian yang tidak nampak seperti tiada nilai. Sedangkan kerja peguam memakan masa bertahun. Kerja doktor 2 minit bersamanya dicaj berpuluhan ringgit tiada apa pula komplennya.

Perkara kedua, banyak klien cuba tunjuk pandai. Nak itu dan ini tanpa memikirkan semua ada had dan hak. Malah bidangkuasa juga main peranan disamping keadilan pada situasi semasa (ekuiti ke?). Apa yang rasa sedap dihati, semua suka hati diberikan arahan sedangkan ia di luar jangkaan. Kena pula isu tidak bayar yuran guaman, sakitnya hati.

Bila lawyer menegur dan enggan melaksanakan kerja disebabkan 2 perkara tersebut, banyak pula gangguan kepada peribadi dan kerja-kerja orang seperti kami. Dia kira dia punya baran, Uichi Gaban punya baran-G?.. Dok kira dia punya gangster, dia tak tahu fail kes bunuh kat pejabat ni lagi banyak dari gangster dia. Ada  ke lawyer takut setakat klien cirit-cirit sana-sini.

Bila badan-badan tadbir lawyer lagi profesional, lawyer juga asyik jadi masalah. Kemungkinan atas aduan, kami kena denda atau digantung sedangkan masa datang, mulut semua manis. Bila yuran guaman tak terbayar, menyalak kata itu dan ini, kesian rakan-rakan Uichi Gaban. Peguam juga tidak profesional.

Bukan setakat klien guaman, Uichi Gaban pun kalaulah dengan duit seciput boleh keluarkan kereta besar, mahu ke Daimsler hari ini kot-kot boleh keluarkan X6. Boleh juga Tok Syeikh Serban Merah main lompat-lompat di kusyen belakang.

Lepas ini mungkin Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan kena jadi majistret sekali sekala untuk ambil angin. Maklumlah, orang dok ingat atas ke bawah, kerja dan liabiliti kami sama sahaja. Kos pun sama. Semua nak murah-murah.

Kalau boleh caj ikut bulan bagus ni. RM5,000.00 sebulan, kalau kes tangguh sampai 2 tahun, mahu tak kaya Uichi Gaban dapat fee daripada satu klien. Lipat sana lipat sini, baik beringat yang baik orang pada kita perlu diingat-ingatkan.

sebab masing-masing ada baran-g. Baca ini sekali [Disiplin Peguam]


sila klik sini


Share/Save/Bookmark
Kenapa Mak Ayah perlu sangat kepada Facebook?

By Admin on 12/20/2010 12:54:00 AM

komen (0)

Filed Under:


Bila disebut Facebook, jarang amat orang yang tidak memiliki akaunnya. Dari semuda manusia sehingga nazak nak mati. Daripada serendah Jawatankuasa Kampung sehingga Presiden sebuah negara, semuanya ada akaun facebook tersendiri. Maka dalam peredaran semasa yang menggunakan ia sebagai satu perantaraan berkesan dalam media internet, amat janggal jika mana-mana orang tidak mempunyainya.

Uichi Gaban nak bercerita mengenai banyak facebook bebudak sekarang. Kalah Uichi Gaban. Ramai antara mereka 'In Relationship' seawal darjah 4 sehingga ada yang mencecah 13 tahun sudah 'married'. Uichi Gaban sendiri masuk 25 baru gatai nak kahwin.

Dengan alam percintaan monyet diselit dengan muatnaik gambar-gambar yang mencarik adat melayu ke dalam facebook, anak muda kita secara langsung menunjukkan aib sendiri. Ibu bapa tidak sedari kerana bukan semua ada minat untuk mencampuri urusan anak muda mereka ini. Salah siapa?

Mungkin ibu bapa patut berfikir seketika, apa anak kami buat dengan facebook. Gambar bagaimana di dalamnya. Apa penulisannya. Apa kehidupannya. Adakah semuanya di dalam pengetahuan kami selaku ibu bapa.

Tahukah anda berapa ramai anak anda bukan sahaja menelanjangkan auratnya tetapi berpakaian amat luar biasa samada kurang benangnya atau terlebih style dan budayanya. Anak kita bagaimana. 

Ini tidak termasuk dengan aktiviti tidak bermoral yang tidak kita sangka diperlakukan anak kita sehingga semua ini diceritakan oleh pihak ketiga. Sekolah malu, ibubapa malu. Anak anda mungkin sekadar buat bodoh dengan menukar sekolah menjadikan ia sebagai permulaan di tempat baru.

Kalau ada yang berkesempatan, lihat juga laman rakan-rakan anak kita, kalau ada yang pelik dan sakit mata memandang. Bukan apa, elok ditegur sebelum terlewat. Anak kita sekarang cepat baligh tetapi standard mental makin menurun. Malam ni pun nampak bangga satu anak muda belanja adik manisnya seawal 13-14 tahun umur. Duit saku pun mak ayah bagi.. anak kita ke?

Risau tengok laman budak-budak kini..

klik sini


Share/Save/Bookmark
Pegawal Keselamatan Dibebaskan & Dilepaskan Tanpa Dipanggil Membela Diri Bagi Kes Rogol

By Admin on 12/17/2010 11:14:00 AM

komen (0)

Filed Under:


Klang: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan dan melepaskan seorang pegawal keselamatan atas tuduhan rogol di bawah seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan apabila mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie ke atas pertuduhan berkenaan di peringkat akhir kes pendakwaan.

Antara alasan Hakim menyatakan bahawa antara elemen penting yang gagal dibuktikan ialah tiada kemasukan pernah dibuktikan selain keterangan saksi pakar menyokong bahawa tiada koyakan wujud pada hymen mangsa.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan seksyen 377C Kanun Keseksaan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kepada pertuduhan dan mengarahkan OKT membela diri dan satu tarikh untuk membela diri ditetapkan oleh Mahkamah yang Mulia.

Bagi pertuduhan seksyen 377C, mangsa memberikan keterangan bahawa OKT telah memaksa beliau melakukan perbuatan sedemikian hampir setiap hari dalam setahun. Tiada masa dan tarikh spesifik dinyatakan dalam pertuduhan.


Share/Save/Bookmark
Siapa Ummu Sulaym Al- Rumaisa

By Admin on 12/10/2010 10:59:00 AM

komen (4)

Filed Under:

Anak Merdeka - Ummu Sulaym Al Rumaisa

Ummu Sulaym Al Rumaisa. Nama itu agak janggal bagi yang pertama kali mendengar. Bagi arab, ia nama biasa dalam masyarakat arab. Antara lain dalam sudut bahasa bermaksud "sejambak bunga harum". Kenapa kamu dinamakan sedemikian?

Biasa orang melihat dan mendengar kehebatan wanita seperti Khadijah, Nusaybah, Ummu Abiha, Rabiatul Adawiah, Sarah, Zulaikha dan lain-lain. Biar Uichi Gaban cerita serba sedikit mengenai siapa pemilik sebenar nama anak kecil ini.

Ummu Sulaym adalam satu gelaran kepada Rumaisa binti Milhan. Seorang wanita yang perpandangan jauh, hebat, cerdik dan dihormati di Madinah. Ditambahkan pula dengan baik tingkah laku serta kecantikan yang menjadi pujaan mana-mana lelaki di masa itu. Beliau berkahwin dengan sepupunya yang bernama Malik bin Nadhir.

Ummu Sulaym menerima Islam melalui utusan pertama Rasullulah ke Madinah iaitu Mus'ab bin Umair yang mana pengislaman tersebut telah mendapat tentangan daripada suaminya dan suaminya telah keluar rumah dan lari ke Syam dan dikhabarkan dibunuh oleh musuhnya.

Selepas pemergian Malik, Ummu Sulaym membesarkan anaknya bernama Anas dan mendidiknya agar menjadi orang paling rapat dengan Rasullulah dan menjaga rahsia-rahsia Rasullulah biarpun daripada ibunya sendiri. Anas dilatih agar menjaga Rasullulah dan menimba ilmu sebanyak mungkin dengan daripada awal Rasullulah bangkit tidur sehingga malam. Apabila Anas balik ke rumah, si ibu, Ummu Sulaym akan belajar daripadanya itu. Atas didikan dan pengaruh Ummu Sulaym ini, maka beliau dikenali sebagai seorang sahabat Rasullulah SAW yang juga perawi hadis ulung yang disebut sebagai Anas bin Malik RA.

Kecantikan dan kebijaksanaan Ummu Sulaym bukan calang-calang dan masih menjadi tarikan kepada semua orang di Madinah. Namun, beliau tidak berminat untuk berkahwin semua kecuali Anas telah meningkat besar dan dengan persetujuan Anas bin Malik.

Abu Talhah seorang lelaki yang gagah dan kaya mencuba nasib untuk berkahwin dengan Ummu Sulaym tetapi ditolak baik dengan alasan Abu Talhah adalah kafir serta mencabar kepercayaan Abu Talhah yang menyembah  berhala dari batu dan kayu. Atas dasar pinangan itu, Ummu Sulaym meminta Islam sebagai mahar perkahwinan sekiranya setuju.

Atas keinginan kepada wanita yang berpekerti elok dan bijak serta cantik, Abu Talhah menemui Rasullulah SAW yang ketika itu duduk bersama sahabat-sahabat beliau dan telah mengislamkan Abu Talhah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al Thabit Al Bannnani, menyatakan mengenai perkahwinan itu; "Kami tidak pernah mendengar mahar semulia itu, beliau redha menjadikan Islam sebagai mahar beliau!"

Dalam perkahwinan rukun dan damai itu, mereka dikurniakan seorang anak yang kemudiannya dinamakan Umair. Abu Talhah telah mnyedekahkan segala hartanya dalam mengembangkan Islam. Ummu Sulaym selaku pemberi sokongan utama turut serta dalam perjuangan Islam. Selain daripada Umair terdapat beberapa anak beliau yang lain bersama Abu Talhah, malah semasa Abu Talhah merajuk dan mengadu mengenai Ummu Sulaym kepada Rasullulah SAW, Baginda mengangkat Ummu Sulaym sebagai wanita yang amat mulia dan menamakan anak yang dikandungkan oleh Ummu Sulaym pada masa tersebut sebagai Abdullah. 

Seorang sahabat menyatakan kepada Rasullulah SAW dan Abu Talhah yang mana pada satu masa Abdullah akan ada 7 orang anak yang kesemuanya adalah hafiz quran. 

Kemuliaan yang diberikan oleh Rasullulah SAW kepada wanita ini bukan calang-calang dan diterima oleh wanita lain. Kerana wanita ini, keluarga beliau mendapat perhatian Rasullulah SAw dan sering dilawat Baginda. malah Rasullulah SAw pernah makan, solat dan tidur di rumah tersebut.

Dirujuk kepada sejarah, Ummu Sulaym merupakan antara wanita yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Selain daripada itu, Ummu Sulaym turut terlibat dalam beberapa perang bersama mereka yang lain. Di dalam perang Uhud, Ummu Sulaym membantu merawat tentera-tentera Islam yang cedera disamping menyisipkan satu pisau dicelahan bajunya serta mempertahankan Rasullulah SAW apabila terancam. Perkara yang sama boleh dilihat dalam perang Ahzab apabila wanita ini masih lagi bersama berjuang dalam perang berkenaan walaupun dalam keadaan sarat mengandung dan hadir dengan bersenjatakan pisau di badannya dengan tujuan untuk membunuh musuh dan tentera yang lari daripada medan perang.

Sekiranya ada yang bertanya soal nama, katakan nama ini akan dicemburui oleh semua wanita termasuk Ummu Abiha yang menjadi penghulu wanita syurga.

sila klik di sini


Share/Save/Bookmark
Abang & Lembu-Lembu di MAHA 2010

By Admin on 12/09/2010 10:42:00 AM

komen (1)

Filed Under:

Semua budak takut nak sentuh apatah lagi nak gosok lembu-lembu yang ada berfizikal mencecah 100kg tapi dengan selamba lembu-lembu tu kena tampar dek Baihaqi

Tempohari sempat juga bawa anak-anak ke MAHA 2010 di Serdang. Menarik MAHA 2010 adalah pengunjungnya terlampau ramai dan menarik perhatian penduduk sekitar mahupun seluruh negara. Mungkin dibuat masa cuti sekolah dan dipromosikan sebagai tempat menarik dalam menghabiskan cuti sekolah anak-anak. 

Pastinya kaum ibu mula membeli seawal di khemah depan dengan banyak nurseri bunga dan tanaman renek untuk hiasan rumah. Anak-anak susah pasti mengamuk terlebih awal apabila si-belon-belon menunggu di muka ekspo.

Kami singgah seawal mungkin pada jam 10 pagi yang mana masa tersebut sudah pun jammed agak panjang. Berkat sabar kot, kami dapat parking paling dekat dengan ekspo.

Baihaqi kena chong pasal belon dan beberapa mainan, kami terus ke tempat lembu kambing pejantan. Bukan main seronok budak kampung ni tengok lembu. "Mmooooo" nak kata itulah bunyi cow. "Mbbeekk" bila sampai di kandang goat.

Dalam keghairahan si abang, penat berkejaran dalam kawasan lembu-lembu. Malah ada dua 3 kandang lembu dia nak masuk. Dah masuk sebelah kaki. Tuan punya lembu pun pening kepala tengok, budak dari mana yang tak reti takut kat lembu besar ni. Malah ada satu lembu yang seberat 70kg ditariknya tali hidung lembu tu sampai menge-moo lembu tu. Tuan lembu selamba tanya "demo mari lek mano nih!" sambil dia gelak. 

Nasib baik tokey lembu orang Kelantan dan Terengganu, dengar diorang kami speaking terus tak jadi marah si Abang Baihaqi.

Lembu yang diikat ini sebenarnya tengah ditarik  oleh Si Abang dari tepi. Kesian lembu tu menge-moo mohon belas.

2-3 jam dihabiskan hanya untuk tidak sampai 30% kawasan ekspo dengan si Abang. Penat tengahari tu kami singgah nak tengok rodeo yang didatangkan daripada Australia. Sekali lagi abang mengamuk macam-macam. Yang paling tak tahan dek kena gelak satu stadium apabila Abang turun stand dan berkejar ke bahagian belakang kuda dan lembu-lembu ganas.

Dengan selambanya dia masuk ke dalam kawasan tu. Berkejar kita mengusungnya sambil menangis minta dilepaskan. Ummi kata, orang dok ingat Abang tak berani masuk eh. Sekali bila dia curi-curi masuk ikut lubang bawah pagar, semua bantai gelak. Uichi Gaban kontrol malu.

Harap jurugambar yang ramai hari itu tak ambil gambar kejadian tersebut.

Banyak sungguh kawasan ekspo tidak dapat nak lawati sebab melayan keghairahan si Abang dan lembu-lembu kegemarannya. Yang paling menarik ialah, bila penat dan panas, Abang sudah jadi Akak!

Bertudung?
Klik sini!


Share/Save/Bookmark
Kes Sambung Bicara Pertuduhan Seksyen 377CA Ditangguhkan

By Admin on 12/08/2010 01:14:00 PM

komen (2)

Filed Under:


Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen hari ini menunda satu sambung bicara ke atas seorang buruh yang dituduh di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Setakat ini 4 saksi telah dipanggil dan pihak pendakwaan masih bercadang untuk memanggil doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa daam kes ini.

Pada pagi ini, pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah yang Mulia bahawa dua saksi doktor akan dipanggil dan pada hari ini mereka dimaklumkan untuk tidak hadir atas alasan Hakim yang mendengar kes berkenaan sedang bercuti sakit.

Kes ini telah ditunda beberapa kali bagi sambung bicara atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan satu tarikh awal untuk Sambung Bicara yang baru ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen yang disebut di hadapan Hakim Puan Balqis Aini pada pagi ini.

Sila Klik!


Share/Save/Bookmark
Hujahan Akhir Kes Rogol & Seks Luar Tabie Selesai

By Admin on 12/07/2010 09:21:00 PM

komen (2)

Filed Under:

Gambar Hiasan Sahaja

Klang: Mahkamah Sesyen hari ini menerima hujahan bertulis daripada pihak Pendakwaan dan Pembelaan bagi Hujahan di Akhir Kes Pendakwaan. Tiada hujahan dibuat memandangkan Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan kes berkenaan bercuti dan hujahan bertulis diserahkan oleh rakan sejawat beliau.

Pihak Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di bawah seksyen 376 (2) dan 377C Kanun Keseksaan dan 12 saksi pendakwaan dipanggil sebelum kes pendakwaan ditutup. 

Pihak pembelaan menghujahkan antara lain bagi pertuduhan pertama ialah tiada pernah berlakunya kemasukan yang mana konsisten dengan kesemua keterangan saksi pendakwaan termasuk saksi pakar O & G yang mana tiada koyakan pernah wujud terhadap hymen mangsa. Selain itu isu masa dan tarikh turut dihujahkan yang mana tiada satu tarikh khusus bagi menyatakan bila kejadian rogol berlaku apabila menyatakan hanya sekali sahaja berlaku dan keterangan mangsa kepada ahli psikologi, pegawai penyiasat dan pegawai perakam CPU adalah berlainan. Malah keterangan mangsa bergantung kepada satu tarikh yang tidak pasti mengenai tahunnya.

Penghujahan yang sama bagi pertuduhan kedua dihujahkan termasuk isu impeachment dan keterangan yang memihak kepada pihak pembelaan yang diberikan oleh saksi pendakwaan. Selain daripada itu terdapat isu kecil yang menimbulkan saksi utama berbohong kepada Mahkamah yang menunjukkan cuba menyembunyikan satu fakta atas kerana melibatkan saksi tersebut tiada apa jua pengenalan diri untuk tinggal di Malaysia pada masa kejadian.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan dan menetapkan pihak-pihak boleh menjawab mana-mana bahagian hujahan sekiranya perlu sebelum tarikh berkenaan.


Share/Save/Bookmark
Hujahan Akhir Kes Pendakwaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Selesai

By Admin on 12/06/2010 01:25:00 PM

komen (0)

Filed Under:


Ipoh: Setelah seminggu perbicaraan ke atas seorang penganggur dijalankan di Mahkamah Tinggi Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah, pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan setelah memanggil 6 saksi yang kesemuanya anggota polis kecuali seorang ahli kimia daripada Jabatan Kimia Ipoh.

Hujahan di akhir kes pendakwaan telah dibuat dan didengar oleh Mahkamah Tinggi dan telah ditetapkan tarikh untuk keputusan di akhir pendakwaan. Bagaimanapun, pihak pembelaan masih memohon kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mempertimbangkan sekiranya satu pertuduhan lebih ringan dapat ditawarkan kepada OKT di dalam kes ini berdasarkan faktor-faktor yang telah direpresentasikan oleh pihak Pembelaan.

Sehingga hari ini representasi masih belum mendapat keputusan pihak Jabatan Peguam Negara.


Share/Save/Bookmark
Perbicaraan Di Bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan Ditangguhkan.

By Admin on 12/04/2010 01:19:00 AM

komen (0)

Filed Under:


Putrajaya: Pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah bahawa OKT 1 di dalam kes berkenaan telah membuat pengakuan bersalah pada tarikh yang lepas dan telah ditetapkan satu tarikh fakta dan hukuman. Manakala dalam masa yang sama Mahkamah Majistret menolak permohonan Peguambela OKT 2 dan OKT 3 iaitu dua adik beradik lelaki india bagi menangguhkan perbicaraan sementara membuat satu representasi baru kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

Antara alasan permohonan yang dikemukakan oleh pihak Peguambela ialah memandangkan OKT1 telah mengaku salah pertuduhan berkenaan dan mengambilkira kejadian berlaku di rumah OKT2 dan OKT3 serta OKT 2 adalah pengadu kepada kejadian berkenaan dan OKT3 juga mangsa kejadian bersama satu lagi adiknya. Saksi-saksi mata dan utama pihak Pendakwaan juga adalah ahli keluarga pihak OKT2 dan OKT3. Pihak Pembelaan menyatakan mereka percaya bahawa keterangan yang bakal diberikan oleh saksi polis dan ahli keluarga mereka bagi pihak Pendakwaan akan memberikan mereka kelebihan. Penangguhan akan menjimatkan masa kesemua pihak.

Perbicaraan yang dijalankan pagi dan petang kemudiannya ditangguhkan apabila Mahkamah mendengar keterangan SP4 iaitu abang kandung OKT2 dan OKT3 yang mana merupakan mangsa utama kepada kejadian berkenaan dan mengalami kecederaan putus tangan kiri dan kepala akibat ditetak oleh OKT1. Menurut keterangan yang mana ahli keluarga mereka diserang dan dicederakan oleh OKT1 dan sepupu mereka yang tidak dipertuduhkan bersama.

Atas perbincangan kesemua pihak, pihak Pembelaan hari ini membat satu representasi rasmi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mempertimbangkan fakta-fakta penting di dalam kes berkenaan dan memohon agar pertuduhan tersebut digugurkan.


Share/Save/Bookmark