Friday, December 10, 2010

Siapa Ummu Sulaym Al- Rumaisa

Anak Merdeka - Ummu Sulaym Al Rumaisa

Ummu Sulaym Al Rumaisa. Nama itu agak janggal bagi yang pertama kali mendengar. Bagi arab, ia nama biasa dalam masyarakat arab. Antara lain dalam sudut bahasa bermaksud "sejambak bunga harum". Kenapa kamu dinamakan sedemikian?

Biasa orang melihat dan mendengar kehebatan wanita seperti Khadijah, Nusaybah, Ummu Abiha, Rabiatul Adawiah, Sarah, Zulaikha dan lain-lain. Biar Uichi Gaban cerita serba sedikit mengenai siapa pemilik sebenar nama anak kecil ini.

Ummu Sulaym adalam satu gelaran kepada Rumaisa binti Milhan. Seorang wanita yang perpandangan jauh, hebat, cerdik dan dihormati di Madinah. Ditambahkan pula dengan baik tingkah laku serta kecantikan yang menjadi pujaan mana-mana lelaki di masa itu. Beliau berkahwin dengan sepupunya yang bernama Malik bin Nadhir.

Ummu Sulaym menerima Islam melalui utusan pertama Rasullulah ke Madinah iaitu Mus'ab bin Umair yang mana pengislaman tersebut telah mendapat tentangan daripada suaminya dan suaminya telah keluar rumah dan lari ke Syam dan dikhabarkan dibunuh oleh musuhnya.

Selepas pemergian Malik, Ummu Sulaym membesarkan anaknya bernama Anas dan mendidiknya agar menjadi orang paling rapat dengan Rasullulah dan menjaga rahsia-rahsia Rasullulah biarpun daripada ibunya sendiri. Anas dilatih agar menjaga Rasullulah dan menimba ilmu sebanyak mungkin dengan daripada awal Rasullulah bangkit tidur sehingga malam. Apabila Anas balik ke rumah, si ibu, Ummu Sulaym akan belajar daripadanya itu. Atas didikan dan pengaruh Ummu Sulaym ini, maka beliau dikenali sebagai seorang sahabat Rasullulah SAW yang juga perawi hadis ulung yang disebut sebagai Anas bin Malik RA.

Kecantikan dan kebijaksanaan Ummu Sulaym bukan calang-calang dan masih menjadi tarikan kepada semua orang di Madinah. Namun, beliau tidak berminat untuk berkahwin semua kecuali Anas telah meningkat besar dan dengan persetujuan Anas bin Malik.

Abu Talhah seorang lelaki yang gagah dan kaya mencuba nasib untuk berkahwin dengan Ummu Sulaym tetapi ditolak baik dengan alasan Abu Talhah adalah kafir serta mencabar kepercayaan Abu Talhah yang menyembah  berhala dari batu dan kayu. Atas dasar pinangan itu, Ummu Sulaym meminta Islam sebagai mahar perkahwinan sekiranya setuju.

Atas keinginan kepada wanita yang berpekerti elok dan bijak serta cantik, Abu Talhah menemui Rasullulah SAW yang ketika itu duduk bersama sahabat-sahabat beliau dan telah mengislamkan Abu Talhah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al Thabit Al Bannnani, menyatakan mengenai perkahwinan itu; "Kami tidak pernah mendengar mahar semulia itu, beliau redha menjadikan Islam sebagai mahar beliau!"

Dalam perkahwinan rukun dan damai itu, mereka dikurniakan seorang anak yang kemudiannya dinamakan Umair. Abu Talhah telah mnyedekahkan segala hartanya dalam mengembangkan Islam. Ummu Sulaym selaku pemberi sokongan utama turut serta dalam perjuangan Islam. Selain daripada Umair terdapat beberapa anak beliau yang lain bersama Abu Talhah, malah semasa Abu Talhah merajuk dan mengadu mengenai Ummu Sulaym kepada Rasullulah SAW, Baginda mengangkat Ummu Sulaym sebagai wanita yang amat mulia dan menamakan anak yang dikandungkan oleh Ummu Sulaym pada masa tersebut sebagai Abdullah. 

Seorang sahabat menyatakan kepada Rasullulah SAW dan Abu Talhah yang mana pada satu masa Abdullah akan ada 7 orang anak yang kesemuanya adalah hafiz quran. 

Kemuliaan yang diberikan oleh Rasullulah SAW kepada wanita ini bukan calang-calang dan diterima oleh wanita lain. Kerana wanita ini, keluarga beliau mendapat perhatian Rasullulah SAw dan sering dilawat Baginda. malah Rasullulah SAw pernah makan, solat dan tidur di rumah tersebut.

Dirujuk kepada sejarah, Ummu Sulaym merupakan antara wanita yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Selain daripada itu, Ummu Sulaym turut terlibat dalam beberapa perang bersama mereka yang lain. Di dalam perang Uhud, Ummu Sulaym membantu merawat tentera-tentera Islam yang cedera disamping menyisipkan satu pisau dicelahan bajunya serta mempertahankan Rasullulah SAW apabila terancam. Perkara yang sama boleh dilihat dalam perang Ahzab apabila wanita ini masih lagi bersama berjuang dalam perang berkenaan walaupun dalam keadaan sarat mengandung dan hadir dengan bersenjatakan pisau di badannya dengan tujuan untuk membunuh musuh dan tentera yang lari daripada medan perang.

Sekiranya ada yang bertanya soal nama, katakan nama ini akan dicemburui oleh semua wanita termasuk Ummu Abiha yang menjadi penghulu wanita syurga.

sila klik di sini

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►