Tuesday, December 7, 2010

Hujahan Akhir Kes Rogol & Seks Luar Tabie Selesai

Gambar Hiasan Sahaja

Klang: Mahkamah Sesyen hari ini menerima hujahan bertulis daripada pihak Pendakwaan dan Pembelaan bagi Hujahan di Akhir Kes Pendakwaan. Tiada hujahan dibuat memandangkan Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan kes berkenaan bercuti dan hujahan bertulis diserahkan oleh rakan sejawat beliau.

Pihak Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di bawah seksyen 376 (2) dan 377C Kanun Keseksaan dan 12 saksi pendakwaan dipanggil sebelum kes pendakwaan ditutup. 

Pihak pembelaan menghujahkan antara lain bagi pertuduhan pertama ialah tiada pernah berlakunya kemasukan yang mana konsisten dengan kesemua keterangan saksi pendakwaan termasuk saksi pakar O & G yang mana tiada koyakan pernah wujud terhadap hymen mangsa. Selain itu isu masa dan tarikh turut dihujahkan yang mana tiada satu tarikh khusus bagi menyatakan bila kejadian rogol berlaku apabila menyatakan hanya sekali sahaja berlaku dan keterangan mangsa kepada ahli psikologi, pegawai penyiasat dan pegawai perakam CPU adalah berlainan. Malah keterangan mangsa bergantung kepada satu tarikh yang tidak pasti mengenai tahunnya.

Penghujahan yang sama bagi pertuduhan kedua dihujahkan termasuk isu impeachment dan keterangan yang memihak kepada pihak pembelaan yang diberikan oleh saksi pendakwaan. Selain daripada itu terdapat isu kecil yang menimbulkan saksi utama berbohong kepada Mahkamah yang menunjukkan cuba menyembunyikan satu fakta atas kerana melibatkan saksi tersebut tiada apa jua pengenalan diri untuk tinggal di Malaysia pada masa kejadian.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan dan menetapkan pihak-pihak boleh menjawab mana-mana bahagian hujahan sekiranya perlu sebelum tarikh berkenaan.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►