Saturday, October 23, 2010

Honda Fame Buruk & Kesan Seorang Lelaki Atas Diri Uichi Gaban


Semasa perjalanan daripada Kota Bharu - Gerik, Uichi Gaban melalui Lubok Setol untuk terus keluar ikut jalan Jeli. Sepanjang perjalanan yang agak lesu kerana mengantuk dek kerana bertolak sudah matahari condong di atas kepala. Ada satu ketika sebuah motor lama jenis Honda Fame melintasi jalan kecil Lubok Setol yang ditunggang oleh sepasang suami isteri baru balik berkebun.

Bukan itu yang menarik hati tetapi motor itu mengimbau satu kenangan Uichi Gaban mengenai seseorang yang pernah memiliki motor sedemikian. Namanya Ustaz Hassan. Allahyarham Ustaz Hassan. Bekas guru bahasa arab Uichi Gaban semasa di Kelantan di era awal 90an. Beliau meninggal dunia sebelum Uichi Gaban menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 1996. Uichi Gaban merayu sedekahkan al-Fatihah buat beliau.

Semasa bersama beliau bukan setakat ilmu Uichi Gaban dapat, rotan marah semua dijadikan pakej. Tetapi Uichi Gaban yang nakal. Dengan muka garang Arwah, Uichi Gaban selamba saja kekadang buat lawak. Tetapi kami tidak rapat, namun Uichi Gaban amat suka satu perkara mengenai beliau. Beliau suka menegur. Lupa seketika wajah garangnya dengan senyuman manis Arwah. Uichi Gaban sekali lagi merayu sedekahkan al-Fatihah buat beliau.

Bila teringat-ingat sebegini, ingat pesan ustaz bahawa umur ada dua. Satu yang fizikal yang mana akan tamat bila kita mati. Satu lagi akan hidup sehingga kiamat. Iaitu umur dari sudut kesan daripada apa yang kita lakukan semasa hidup. 

Umur kedua ini kalau baik, insyaAllah akan dipahalakan seadaannya kerana Allah SWT itu Maha Pemurah. Soal itu bukan urusan kita tetapi Allah SWT tidak akan menghampakan harapan kita.

Biarpun jasad dimamah tanah, diri ini akan tetap diingati masyarakat. Persoalannya bagaimana ingatan tersebut samada baik atau buruk. Persoalan ini juga membuatkan Uichi Gaban menamakan anak kedua sebagai Rumaisa, sempena wanita yang mendidik anak beliau sehingga anak soleh beliau itu diingati dan dikenali oleh umat Islam sehingga kiamat.

Alangkah baiknya selain tingkah laku dan tindakan kita ini bukan sahaja mengharapkan pada cakap-cakap yang baik dan menghindarkan cakap-cakap buruk tetapi ditinggalkan juga baki derma ilmu dan kewangan serta anak yang soleh semasa di dunia.

Isunya; setakat ini apa yang kita tinggalkan untuk umur kedua itu.  

3 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►