Wednesday, September 29, 2010

Penyiasatan Kes Kehilangan Sosilawati: Kenapa Mereka Belum Didakwa Membunuh?


"Kenapa pembunuh kes itu masih tidak didakwa di Mahkamah?"

Setakat hari ini penyiasatan polis dalam kes kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain masih dijalankan tetapi tempoh masa di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan kesemua suspek ditahan reman bagi membolehkan membantu siasatan pihak polis dalam kes berkenaan telah tamat dan pihak polis tidak boleh menyambung reman terhadap penyiasatan khas berkenaan kerana menyalahi perundangan.

Bagaimanapun, menjadi asas kepada penyiasatan pihak polis selepas tangkapan dan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, pihak Jabatan Peguam Negara akan mendakwa sebarang kes jenayah di mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah terbabit.

Walaupun dalam kes siasatan kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain telah tamat tempoh remannnya tetapi pihak Jabatan Peguam Negara masih tidak mendakwa mereka di Mahkamah atas sebab tidak mempunyai elemen untuk didakwa di bawah seksyen 302 atau mana-mana seksyen yang dijangkakan berkaitan ke atas suspek. Agak tidak adil untuk menyatakan tiada bukti untuk mendakwa tetapi sekadar ingin nyatakan mungkin konklusi bukti masih tidak sejelas mana.

Antara lain yang paling hangat di dada akhbar apabila Pihak Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan dan pihak polis meneruskan siasatan terutamanya dalam soal DNA. Secara praktikal, untuk mengenal pasti DNA manusia dan menganalisa DNA secara spesifik untuk membuktikan mengenai indentiti yang terlibat. Bagaimanapun dalam kes ini terlalu lama analisa DNA dibuat oleh pihak polis. Maka timbul persoalan samada satu ekstrak DNA daripada sisa tulang atau apa-apa ekshibit yang tidak dinyatakan boleh dan mencukupi untuk melaksanakan analisa berkenaan.

Tanpa sokongan hasil analisa DNA yang jelas kepada identiti terbabit, maka Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain masih boleh dianggap hilang dan belum terbunuh atau dibunuh kerana elemen terpenting dalam membuktikan pendakwaan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (pendakwaan jenayah bunuh) adalah terdapatnya mangsa atau individu yang dibunuh.

Apabila adanya elemen tersebut, maka elemen yang lain akan lebih mudah.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►