Wednesday, July 7, 2010

Ustaz Kob: Seorang Permata Agama Meninggal Dunia

Tok Syeikh Serban Merah semasa kecil di riba Oleh Tuan Guru Ustaz Yaakob atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kob

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semalam menerima berita daripada Kelantan yang Ustaz Kob rebah tidak sedarkan diri akibat strok dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Hari ini kami menerima berita kematian beliau.

Bagi kami beliau juga saudara keluarga kami dan semasa remaja Uchi Gaban, beliau turut merupakan guru agama yang mengajar kami setiap hari rabu atau bila-bila kelapangan di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor. Beliau juga mudir bagi pondok berkenaan iaitu pondok yang diasaskan oleh datuk kepada Yang Berhormat Dato Nik Amar Abdullah.

Beliau semasa hayat sentiasa dikatakan sihat bagi peringkat umur beliau yang mana masih mempunyai penglihatan yang baik dan masih boleh menunggang motosikal dengan baik untuk ke kuliah beliau dan solat di masjid.

Beliau sentiasa dengan baju melayunya lengkap dengan kopiah dan serban setiap kali keluar dari rumah. Beliau yang dikenali sebagai guru agama ini merupakan antara murid awal pondok berkenaan dan juga Madrasah Tarbiah Mardziah (MTM) semasa awal penubuhan madrasah tersebut yang kini lebih dikenali sebagai SMU(A) Tarbiah Mardziah, Panchor, sebuah sekolah yang diasaskan oleh adik beradik Arwah Haji Abdullah Arshad (bekas ahli parlimen Pengkalan Chepa) dan abang beliau Arwah Haji Salleh Arshad (cukup dikenali sebagai pemimpin jemaah tabligh).

Arwah Ustaz Kob sendiri adalah bekas seorang guru di Madrasah tersebut sebelum pencen mengajar yang mana masa itu, Uchi Gaban baru sahaja meningkat dewasa. Arwah cukup dikenali sebagai ustaz yang sering menurunkan petua dan doa semasa kuliah-kuliah beliau.

Dalam masa beliau sihat dan masih ke sana sini untuk menyampaikan kuliah mahupun menyempurnakan pelawaan masyarakat, Arwah telah meninggalkan kita secara mengejut. Teringat Uchi Gaban mengenai satu doa Saidina Umar pada satu malam yang secara bersungguh-sungguh berdoa satu perkara iaitu:

 "matilah aku semasa aku masih sihat untuk beramal ibadat dan jangan matikan aku semasa aku sakit yang tidak mampu menjalankan amal ibadat"

Semoga roh Arwah yang cukup sinonim dengan MTM, Pondok Tok Ayah Kedah dan masyarakat Pengkalan Chepa ini ditempatkan di tempat yang dimuliakan. Uchi Gaban merayu sedikit masa pembaca untuk menyedekahkan apa jua bacaan dan doa buat Arwah. 

Al Fatihah! 

3 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►