Sunday, July 4, 2010

Kenapa Saya tidak Saksikan Satupun Perlawanan Bola Sepak Tahun Ini?


Kerana Uchi Gaban ada sedikit malu dengan yang Atas. Sanggup tidur dari bangun untuk bertemu denganNya tetapi ada umat yang Rasullulah SAW menggelarkan mereka sebagai "Umati, Umati, Umati" yang dimuliakan daripada umat yang lain sanggup untuk bangun dan bersengkang mata tanpa tujuan mahupun kepentingan kepada mereka dan keluarga. Uchi Gaban cukup terasa dengan cerita seorang sahabat.

Seorang rakan menceritakan bagaimana Ibnu Kathir dalam tafsirannya mencoretkan satu kisah daripada kitab Al Tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah yang mana Heraklius Kaesar menerima berita kekalahan tenteranya yang amat digeruni dan amat sofiskated pada zaman itu kepada tentera-tentera Islam.

Beliau bertanya kepada utusan beliau bagaimana perkara tersebut boleh berlaku sedangkan dengan kelebihan yang ada kepada tentera mereka mengalahkan kelengkapan dan persediaan ketenteraan pasukan Islam.Maka seorang utusan yang paling tua antara mereka menjawab pertanyaan Heraklius Kaesar bahawa 

"kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong-tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, mengingkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi"

Atas dasar tidak berpuashati dengan jawapan sedemikian, beliau membawa seorang tawanan Islam dan menanyakan mengenai cara hidup orang Islam. Perkara yang sama dan lebih lagi diterangkan oleh tawanan tersebut tanpa rasa selindung. Maka Heraklius Kaesar menjawab:

"Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan menguasai kawasan yang sekarang ini berada di bawah telapak kaki kekuasaanku"

5 komen:

dali said...

ise: sgt hebat perspektif kau ini. aku suka.. teruskan blogging ye se

shams said...

Terima kasih Puan Dali. Ini disebut sebagai sindiran tajam sipi-sipi.

Ada luka?

zara aluwi said...

Jam 10.00 malam kan ada satu perlawanan. Tengok saja pada waktu itu. Tengok sampai ke subuh pun, pemain bolasepak Malaysia tetap hampeh! Mereka tak ada hati nak naikkan nama negara.

Apa-apa pun, saya cuma tengok finalnya nanti bersama anak-anak.

dali said...

se aku suka pasal walaupun aku tak tgk bola tapi aku bantai tido pulak..kira kes insaf lah ni..dapat pahala ko se..kira ko ni ustaz online lah :)

shams said...

Saya baca keputusan kat paper sahaja..

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►