Thursday, June 17, 2010

Surau Ar Rahmah Seksyen 8, Shah Alam


Video semasa Surau Ar Rahmah dibuka semula secara rasmi.

Uchi Gaban ingin ambil masa sedikit untuk ceritakan mengenai Surau Ar Rahmah yang terletak di Liku A Seksyen 8 Shah Alam. Tiada apa yang menarik mengenai surau ini dari sudut struktur mahupun sejarahnya.

Cuma setelah google mengenainya baru-baru ini, Uchi Gaban dapat tahu bahawa surau ini pernah ditutup kerana masalah politik yang berlaku suatu ketika dulu sehingga ada pihak yang mengakui Islam menutup surau ini. Biarlah mereka menjawabnya atas dasar tanggungjawab kemudian hari. Bukan isu politik mahupun isu peruntuhan surau ingin diketengahkan. Tetapi siapa sahaja yang pernah mengarahkan surau ini ditutup, maka Uchi Gaban berpandangan bahawa individu mahupun jabatan yang terlibat mungkin bencikan Islam. Atau langsung tidak pernah kenal Surau Ar Rahmah ini. 

Selaku individu, Uchi Gaban berkesempatan untuk berjemaah maghrib dan Isyak di surau tersebut setiap kali hari selasa dan alhamdullilah setiap hari kuliah agama dihidangkan untuk para jemaah.

Berbanding surau dan masjid lain, pentadbiran surau ini adalah suatu perkara yang biasa dan tiada apa yang nak digahkan. Tetapi apabila setelah lama berjemaah di surau ini walaupun hanya pada hari selasa, Uchi Gaban melihat satu kekuatan ada pada surau ini yang tiada pada mana-mana surau atau masjid yang biasa dilawati oleh Uchi Gaban.

Biarpun tiada apa yang menarik mengenainya, suatu kelainan ialah jemaahnya. Setiap kali maghrib dan isyak serta kuliah maghribnya, Uchi Gaban memerhatikan bahawa jemaahnya amat ramai dan memenuhi ruang disamping sentiasa ada kenduri makan. Masjid besar-besar pun belum tentu buat kenduri selalu mahupun mempunyai jemaah ramai semasa kuliah maghrib. Malah kalau masjid lain, jemaahnya bukan sahaja kurang dan nampak lompong dalam masjid, tetapi berada jauh-jauh tetapi di sini jemaah dilihat amat sukakan ilmu dan hubungan yang erat. 

Malah antara jemaah mudanya juga ramai dan membanggakan. Anak muda turun sembahyang berjemaah agak ramai dan turut menunggu waktu kuliah maghrib. Malah minggu ini, seorang penceramah tidak dapat hadir, tetapi pihak surau memasang video kuliah yang lama di skrin besar. Bangga Uchi Gaban dengan jemaah di sana apabila biarpun tiada penceramah dan hanya melihat video ceramah lama di surau yang sama, jemaah masih berkumpul rapat-rapat melihat kepada 3 layar besar yang disediakan di dinding surau.

Antara kelebihan boleh dilihat pada surau ini, bukan sahaja dimakmurkan, tetapi mungkin ada aktiviti dan pentadbiran yang baik mahupun niat yang baik selama ini oleh pihak surau mendapat berkat sedemikian daripada Allah SWT. 

Semoga Allah SWT juga merahmati pentadbir-pentadbir surau ini.

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►