Wednesday, June 23, 2010

Kes Rayuan Jenayah Kontraktor Ditangguhkan


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan satu kes rayuan jenayah di bawah pertuduhan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya setelah peguambela memaklumkan bahawa masih belum menerima rekod rayuan dan juga petisyen rayuan daripada pihak Mahkamah Rayuan setelah memohon dua kali secara bertulis semenjak Mac 2010. Mahkamah Rayuan mengesahkan permohonan tersebut pernah dibuat tetapi tidak diambil tindakan telah menangguhkan perbicaraan kepada tarikh yang lain serta mengarahkan serahan rekod rayuan dan petisyen dilakukan pada hari yang sama, semalam.

Mahkamah Rayuan yang telah menetapkan tarikh bicara terakhir semalam bagi Responden Ketiga tetapi dimaklumkan oleh pihak Perayu bahawa Responden Ketiga gagal dikesan sehingga kini. Responden Pertama yang diwakili Encik Hisham Nazir dan Responden Kedua yang diwakili Encik Zahar hadir ke Mahkamah.

Dalam masa yang sama, pihak Encik Karpal Singh hadir untuk memaklumkan kepada Mahkamah yang Mulia bahawa pihak firma guaman beliau telah menarik diri daripada mewakili Responden Ketiga tetapi pihak Mahkamah Rayuan masih menghantar surat makluman mengenai kes tersebut. 

9 komen:

adibayor said...

again, very nice job.

Anonymous said...

nampak gaya cik sham dah suka naik turun court yang lebih besar di putrajaya patutlah tak berapa suka mai majistret dan sesyen dah

shams said...

Kita ni profesional. Lebih kurang macam "menurut perintah" jugak. Cuma bebas sikit sahaja. Kemana pun kami pergi.

shams said...

Thanks Mr/Mrs Adibayor

Anonymous said...

semua menang bang sham. kes kaloh takdo ke

shams said...

Ada juga. Sedang beratur nak keluar. Dia ikut turn

Wasatiah Gurlzz said...

salam ziarah dr sya, pengunjung br...:-)

nmpaknya, sya kne panggil encik nii, TUAN lah yer..huhu

shams said...

Tuan Ok jugak.. ada niat bodek ka? haha

Wasatiah Gurlzz said...

tak der la, Tuan...sya dulu pernah praktikal kat Ipoh High Court...kalo kat sna pun, bkn just DPP jerk sya panggil Tuan/Puan, hbis sumer penolong pendftar, timbalan pendftr, sumer sya panggil Tuan/Puan...hnya bebdk bebdk chambering jerk sya tak panggilan ngan gelaran tuh..hahahaha

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►