Tuesday, May 25, 2010

Syafaat Doa Daripada Anak Angkat

Tak Sejuk Melihat Anak Kita Sebegini?

Seminggu dua ni, Uchi Gaban nak bercerita pasal anak sahaja. Cerita Mahkamah kalau sempat akan turut diselitkan sebagai rutin kerja harian Uchi Gaban. Tulisan ini pun Uchi Gaban tujuka untuk Tok Syeikh Serban Merah yang tidur tidurnya dah sampai ke sejadah Uchi Gaban. Takut tinggalkan rumah tidak bawa dia sekali.

Anak ini anugerah Allah SWT. Sekurang-kurangnya itulah yang masyarakat kita dok biasa sebut-sebut. Tapi persoalan samada dididik selaras dengan jalan Allah SWT ataupun tidak, kita ceritakan kemudian.

Kelahiran anak suatu yang amat dinantikan. Bak kata seorang guruku, anak kecil ini ibarat mainan yang Allah SWT berikan kepada kita. Kita boleh bermain dan membesarkannya mengikut acuan kita sendiri samada ingin jadikan ia Islam, nasrani baikpun majusi. Suatu permainan yang berpanjangan. Ada hukum dan timbal balik yang berterusan.

Semua orang tahu tetapi ingatkah kita bahawa anak adalah salah satu penerus kebajikan kita mahupun syafaat di dunia kedua. Bukankah doa anak itu memberikan kesan kepada ibu bapa. Malah ia satu kebajikan berterusan kepada amalan baik kita selepas kematian. Persoalannya adakah doa dan syafaat akan diberikan oleh anak kita kepada kita kelak. Sekali pandang anak-anak kecil sekarang banyak berantai dan bergelang bagi anak lelaki dan yang perempuannya dah semacam lelaki. Sesamalah kita fikir halatuju anak kita.

Sebelum ini, Uchi Gaban ada membebel mengenai anak luar nikah. Maka ingin diterangkan bahawa bila disebut anak, maka anak pun banyak jenisnya. Ada anak kandung mahupun anak angkat. Ada anak sah mahupun anak luar di perkahwinan. Adakah ada perbezaan dalam syafaat doa seorang anak kepada ibubapanya. Atau ada tahap-tahap tertentu.

Dalam isu yang dipanjangkan kini, ramai juga yang mengambil anak angkat tanpa mengira asal usalnya kerana atas dasar anak kecil ini adalah bersifat fitrah. Dulu Uchi Gaban pun dapat lewat anak, selepas tahun kelima perkahwinan, alhamdullilah, sekarang nak masuk 2 orang dah. Pernah juga merancang untuk ambil anak angkat.

Mungkin ada yang berkata bahawa anak yang benar-benar dikandung dalam satu perkahwinan yang sah adalah dirujuk kepada hadis Rasullulah SAW mengenai amalan yang terhenti dengan kematian kecuali doa anak-anak yang soleh.

Uchi Gaban pernah dinasihatkan mengenai anak angkat suatu ketika dahulu. Masa itu baru sahaja habis bicara di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan singgah sebentar di satu masjid yang pernah dikunjungi suatu masa dulu. Seorang pakcik tua mengingatkan Uchi Gaban apabila mulut ini celupar menyatakan;

"Saya ingat nak ambil anak angkat. Sikit masa lagi la. Tak pasti samada doa anak angkat akan membantu saya selaku bapa angkat mereka".

Pakcik tua ini hanya memandang dan menjawab persoalan dengan tenang tapi agak sinis;

Benda tu kecik sahaja. Adakah engkau tidak percaya yang Allah Maha Adil?
Adakah engkau tidak percaya yang Allah Maha Mengetahui?
Adakah engkau melihat jijik pada anak tiada hubungan darah.

Orang tua itu berhenti sejenak dan menyambung;

Bukankah kita diajar doa bahawa ' Ya Allah ampuni dosa ku kedua ibubapaku dan rahimkanlah mereka sebagaimana mereka mendidikku daripada kecil'

Bila kamu menjaga mereka, mereka juga anakmu.

Uchi Gaban berharap dengan isu pembuangan bayi yang semakin mendapat perhatian dapat memberikan satu peluang untuk kita berfikir ke arah mengambil mereka sebagai anak angkat samada kita telah mempunyai anak atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, kita berfikir bagaimana ingin mendidik mereka dan juga anak kandung kita.

3 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►