Monday, May 17, 2010

Remaja Direman 4 Hari Bagi Siasatan Kes Rogol

Gambar hiasan sahaja

Seorang remaja hari ini direman 4 hari bermula pada hari ini oleh pihak Majistret Putrajaya bagi membantu satu siasatan kes rogol. Bagaimanapun beliau yang diwakili peguam menyatakan beberapa hujahan bagi menolak permohonan reman pihak polis sehingga 27 Mei 2010.

Menurut pihak peguambela, ia adalah satu tuduhan liar yang tidak pernah dibuktikan malah Pengadu sendiri tidak tahu di manakah tempat dan masa kejadian tersebut. Malah dalam masa yang sama Pengadu turut menuduh beberapa remaja lain juga turut terlibat hubungan seks dengan beliau tetapi di tempat dan masa berlainan yang mana semasa perjumpaan sebelum ini gagal menyatakan apa jua tempat dan masanya.

Selain daripada itu, status remaja tersebut yang masih belajar dan bersama ibubapa beliau serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sehingga kini patut diberikan perhatian bahawa satu tahanan reman yang lama tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Majistret membenarkan tahanan reman 4 hari sahaja bermula hari ini yang syarat penahanan reman hanya terhad kepada urusan spesimen, kawad cam dan mengambil keterangan saspek.

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►