Wednesday, May 12, 2010

Misteri Anak Lambat Bercakap & Telor

"I am kori, naik rrori, minum kuku baki, makang skroberri"
kata anak buahku daripada Sabah yang berbaju hijau di atas.
(maksudnya - I am sorry, naik lori, minum susu basi, makan strawberry.)

Bila anak lambat bercakap kekadang rasa pelik dan janggal pun ada. Tapi kata orang tua, biarlah dulu. Selagi logik umur belum tinggi, itu ralik pada adatnya.

Orang tua juga pesan, bila anak kecil lambat bercakap, hubungannya dengan alam masih panjang. Yang daya scan tinggi, maka hubungan mata dan hati akan berpaut lebih dan pengalaman ini harus tidak mampu dikongsi. Bukankah baik masih tidak bersuara.

Lambat bercakap didorong oleh banyak faktor. Fator-faktor ini boleh kita atur dan bilang dengan jari. Baik dari sudut sains mahupun hasil pemerhatian orang-orang lama kita. Apa pun sebab musababnya, ini semua kerja yang Maha Esa. Selebihnya kepadaNya kita berharap.

Walaupun lambat mana anak kecil mampu bercakap, pemahaman mengenai keadaan dan bunyi akan didorong awal dengan pemerhatian seawal umurnya kepada keadaan sekeliling.

Bila bercakap lambat tidak semestinya anak kecil ini akan telor dan lambat pula untuk diperbetulkan. Tetapi kalau diperhatikan, kebanyakan yang awal bercakap dan banyak bergaul mahupun petah berbicara, yang itulah biasanya mengalami masalah sebutan. Tatabahasa sememangnya cantik tetapi bunyinya agak lari picthingnya. Kekadang maksud pun lari sakan.

Bagi yang dewasa ini satu hiburan percuma kepada mereka atas kekurangan anak kecil mereka. Tetapi jangan memasang risau yang berlebihan kerana ia akan betul sendirinya selagi ia bergaul dan mampu mendengar bunyi. Cuma kalau nak lagi cepat, mungkin boleh diusahakan dengan mengajar dengan sebutan betul mahupun melalui pergaulan.

Samada kita perasan atau tidak, tiada masalah percakapan kepada kanak-kanak selagi lidah dan telinganya berfungsi dengan betul. Cuma kekadang mengambil masa.

Ada hikmahnya, tiada siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui.

Ada seorang kawan dari Shah Alam menyimpan beberapa jin dari hasil usaha menolong membuang beberapa rasukan dan masalah dalaman. lalu disimpan dalam beberapa bekas. Biasa bekas yang mengandungi jin-jin yang 'tidak gagah' akan diletakkan dalam rumah beliau. Anak beliau yang masih kecil selalu berkata " antu tu !"... "banyaknya antu dalam tu!" dan sebagainya.

Itu dibukakan mata dan mulut.. kalau yang luar daripada keluarga mendengar, kan apa pula dikatakan orang. Masa sebegini ada eloknya didiamkan.

Di Kota Damansara minggu lepas, gamaknya ada la kot Indon yang nakal lepas satu benda. Jatuh tak jatuh tetapi rasa semacam juga bila sampai. Tapi hilang bila sampai ke tanah. Anak kecil ini menangis dan memeluk paha bapanya. Agaknya apa lah keluar daripada mulut anak kecil ini kalau dibuka mulutnya.

Disebalik banyak benda negatif yang kita fikirkan, elok kita mula fikirkan banyak perkara positif sebenarnya mahupun kelebihan yang ada pada anak-anak kecil sebegini dan ini menjadikan sebab kenapa ia lambat bercakap.

Ini orang tua kata.. saya yang muda ni belum berkata-kata.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►