Thursday, May 20, 2010

Lelaki Selamat Daripada Tali Gantung

Seorang lelaki terselamat daripada hukuman gantung sehingga mati di bawah peruntukan seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dipertuduhkan di bawah seksyen 39B akta yang sama. Lelaki tersebut yang ditangkap pada sekitar tahun 2002 dipertuduhkan dua pertuduhan di bawah seksyen 39B yang mana sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati disebabkan semasa tangkapan memiliki sejumlah ganja yang berat jatuh di bawah pertuduhan tersebut.

Selepas mendengar kesemua keterangan dan mengambil kira pada tahap "maximum evaluation", Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan satu prima facie ke atas pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 ke atas lelaki berkenaan sebaliknya hanya berjaya membuktikan setakat seksyen 12(2) akta yang sama.

Atas dasar dapatan Mahkamah Tinggi tersebut, lelaki berkenaan dihukum penjara 10 tahun daripada tarikh beliau ditangkap dan 12 sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan kini merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia bagi menolak keputusan dan dapatan Mahkamah Tinggi tersebut.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►