Sunday, May 23, 2010

Bayi Luar Nikah - Mahu Dibuang Ke Tidak?


Kes buang bayi bukan fenomena baru. Seminggu dua baru-baru ini ada pemuda yang berumur 20an mencari ibu kandungnya setelah dibesarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana dibuang oleh ibunya selepas dilahirkan. Lebih menyedihkan bila mendengar dibuang ditepi tong sampah. Adakah pemuda ini layak dianggap sebagai sampah oleh ibunya.

Itu cerita antara yang terbaru tetapi masih ada yang lebih lama. Teringat saya suatu masa program "Jejak Kasih" di TV3 suatu masa dulu. Masa tu, Uchi Gaban masih bersekolah. Ada seorang pemuda Melayu tampil ke TV3 dalam usaha mencari ibu kandung beliau yang telah membiarkan beliau di rumah anak yatim. Malah sedih beliau bila terpaksa menyebut, "saya ditinggalkan dengan nota". 

Dia turut menyebut "saya sekadar ingin mengenali mereka. Mereka telah buang saya. Hanya ingin tahu kenapa." keluh anak muda yang lengkap dan bukan cacat anggota.

Kini, media menengahkan lagi isu ini. Kenapa masih banyak yang sanggup membuang bayi sedangkan ramai pasangan masih mencari anak kecil sebagai penyeri hirup mereka. Kesilapan dan apa jua dosa telah berlaku. Undur masa adalah suatu yang tidak mungkin. Tetapi berilah peluang kepada diri sendiri mahupun kepada anak kecil itu untuk terus hidup.

Mungkin mereka mampu membesar dengan keinsafan kamu. Mungkin mereka mampu membesar dengan rintihan dan taubat kamu. Dengan itu, kamu akan menjadikan ia seorang yang utuh dalam beragama.Amat berbesar untuk Uchi Gaban kongsikan bahawa suatu hari nanti, dosa ini akan menghantui kamu, carilah jalan Islam untuk membetulkannya. Sesungguhnya mereka tidak berdosa.

Saya teringat dalam satu kuliah kitab lama di sebuah surau. Seorang ustaz mencerita mengenai anak luar nikah. Respon ini adalah kepada beberapa persoalan yang tidak perlu disebutkan di sini. Jawabnya;

"Kita tidak boleh mencemuh anak luar nikah kerana tiada dosa baginya. Yang dikutuk adalah pelakunya. Ada masayarakat menganggap bahawa mengambil anak luar nikah sebagai anak angkat mahupun menjaganya sendiri (sebagai ibu atau keluarga) akan memberikan suatu kesan negatif. Malah ada yang menganggap anak luar nikah tetap akan jahat kerana mewarisi dosa tersebut. Ini semua tidak benar. Malah disebut selalu bahawa Allah SWT Maha Pengampun kepada dosa-dosa dan Maha Pemurah dan Pengasihani kepada hambanya.

Ada satu kisah menceritakan bagaimana seorang wanita terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. Atas keinsafan dari dosa tersebut, beliau menjaga anak tersebut dan dididik dengan penuh didikan agamanya.  Biarpun berjauhan daripada masyarakat atas sebab pandangan dosa tersebut, anak itu berjaya dibesarkan dalam penuh kasih sayang dan didikan agama yang tinggi. Anak tersebut menjadi seorang ulama yang dihormati oleh masyarakat kerana ilmu dan didikannya. Atas dasar itu, ibunya juga turut dihormati.

Ibu tersebut masih menangis atas dosa melakukannya dalam setiap masa tetapi anak yang sudah menjadi ulama ini menenangkan ibunya dengan kata-kata. "Apalah dipandang dosa zina yang lama itu dibandingkan dengan pengorbanan dan didikanmu yang diberikan kepada aku sehingga aku menjadi sebegini. Dosa zina itu telah menjadi terlalu kecil. Aku akan menuntut bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun dan doaku sebagai anak akan menjadi perisai mu (ayat susunan bukan asal)""

4 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►