Sunday, March 28, 2010

"Last Minute" Memang Sikap Kita?

Dalam tugasan perundangan, amat banyak kerja-kerja dibuat pada saat akhir. Ada yang dibuat sengaja mahupun kerana kerja yang amatlah bertimbun. Namun, sekiranya kerja datang daripada peguam, ia lebih tahu mengenai masa dan keperluannya.

Tetapi apa yang agak sadis ialah last minute daripada pihak-pihak ketiga yang bakal menggugat kerja-kerja sedia ada. Termasuklah anakguamnya. Esok pun ada satu lagi kes jenayah kritikal. Agak berprofil juga. Dah 3 saksi memberikan keterangan, barulah nak telefon dan bincang pasal kesnya. Tup-tup, dokumen pula tertinggal. Banyak alasan itu ini. Macamana nak jalankan kerja sebegini. Kekadang alasannya terlalu bodoh untuk dipercayai termasuk cara tutur katanya.

Beginilah orang kita. Semua mahu last minute. Apa yang menjadi faktor keputusan?. Kos, keupayaan atau saja-saja mak abah mereka saja nak bertangguh-tangguh.

Orang tua selalu berpesan; "Bila bertangguh, jangan salahkan orang!"

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►