Sunday, October 25, 2009

Merit & Perundangan Dalam Pelaksanaan Keadilan di Mahkamah

Dalam menjalankan proses keadilan sivil di Mahkamah Malaysia, pihak kehakiman melihat dan memutuskan kesemua pertikaian mahupun tuntutan berdasarkan dua perkara pokok. Pertama; Teknikaliti dan Keduanya; Merit.

Pada asasnya, merit merupakan perkara yang paling penting kerana tanpa merit maka tiadalah isu kompeten daripada sudut locus standi, kausa tindakan dan sebagainya yang menunjukkan merit satu pihak yang terlibat.

Tetapi dalam pelaksanaan keadilan ini, konsep teknikaliti seperti peluang, ruang dan pilihan yang disediakan melalui perundangan seperti status dan peraturan akan menjadi panduan bagi membenarkan atau tidak suatu kes tersebut. Dalam ertikata lain, adakah sudut teknikalitinya adalah tepat mahupun sebaliknya.

Maka dalam isu ini, mungkin kedua-dua pihak boleh berhujah atas asas merit tuntutan tetapi dalam masa yang sama ada pihak akan menghujah dan bersandarkan peluang untuk menolak apa jua melalui isu teknikaliti. Suatu perkara ralit dalam bicara perundangan jenayah.

Ada persoalan pernah cuba dijawab iaitu mana yang akan datang dahulu. Adakah kepentingan akan diberikan kepada isu merit mahupun teknikaliti. Saya tinggalkan soalan ini kepada pembaca kerana saya tidak pasti mengenai jawapannya. Ada pelbagai.

Apa yang pasti, merit didahulukan tetapi keputusan atas merit kes akan berdasarkan melalui teknikaliti. Dalam masa yang sama, isu teknikaliti boleh didengar dan dipohon untuk apa jua melangkaui isu merit sekiranya perlu.

Ada yang menyatakan - tengok perundangan mana yang dirujuk.

Ada yang menyatakan - Tengok hakimnya

Ada yang menyatakan - ..............................................

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►