Monday, September 14, 2009

Nak Bicara ke Nak Raya?

Sekiranya diberikan pilihan antara Bicara dan Raya, mahu saya pilih raya kerana dengannya boleh cuti dan makan bersama sanak keluarga. Yang kecil pula menadah poket. Untung jadi si kecil yang ramai bapa dan ibu saudara. Pendapatan bulanan yang tidak bercukai akan meningkat secara mendadak.

Alhamdullilah Bicara yang terakhir sebelum idilfitri telah diselesaikan pada pagi tadi dengan amat kejap sungguh masanya. Plaintif menutup kes setelah memberikan akujanji untuk membawa satu saksi penting di dalam tuntutan beliau tetapi pihak Plaintif gagal berbuat sedemikian, maka terpaksalah menutup kes tanpa kehadiran saksi penting tersebut.

Manakala pihak Defendan memanggil saksi ketiganya sebagai saksi terakhir sebelum memutuskan memanggil Pihak Ketiga sebagai DW4. Beberapa soalan ringkas diajukan dan tiada soalan lanjut daripada semua pihak. Kes ditutup.

Semalam selepas sahur, saja merayau di internet sambil membaca beberapa kes otoriti bagi menyiapkan hujahan lisan untuk penutupan kes tersebut. Tak sangka pula permintaan pihak Plaintif untuk mendapatkan Hujahan Bertulis dimakbulkan tanpa memohonnya kepada Mahkamah yang Mulia. Nasib mereka baik, saya lisan ke bertulis ke, semua boleh. Cakap OK! saya jalan jer.

Defendan Kedua keluar Mahkamah dengan senyuman. Pihak Ketiga kena tiaw lagi.....

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►