Sunday, September 13, 2009

Ini Si Malaun Punya! .. Dah Malaun Punya, Engkau Apa Sibuk!

Pendet punya pasal, semua kecoh. Malaysia tembak belasan rakyat Indonesia atas kesalahan merompak dalam negara kami. Tidak pernah kami katakan ia selaku gambaran kepada Indonesia yang memprodukkan warga mereka yang sedemikian, kerana kami sedar bahawa ia bersifat individu.

Dalam menaruh kebencian yang berterusan kepada Malaysia ekoran kes-kes pembantu rumah yang didera dan pengeboman yang dikatakan didalangi oleh Mat Top seorang rakyat Malaysia, emosi ini tercetus apabila PENDET pulak yang menjadi isu. Mereka langsung bodoh sejarah apabila mereka mula memanggil Malaysia sebagai Maling-sia.

Mereka cuba menyalak apabila ada segelintir rakyat Malaysia mendera pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak sedar kes yang dilaporkan tersebut tidak melangkaui 1% pun daripada jumlah pembantu rumah malah kesemua kes penderaan tersebut disiasat oleh Polis Malaysia dengan telus dan pendakwaan dibuat. Mungkin akhbar kita masih tidak boleh dibaca secara online atau mereka sedang membina rumah besar hasil pendapatan mereka daripada Malaysia sehingga tidak terbeli talian internet.

Mungkin mereka juga lupa bahawa penderaan yang dilaporkan hanya terjadi kepada beberapa orang sahaja manakala Malaysia kerugian jutaan ringgit Malaysia setahun dalam bentuk kos siasatan, pendakwaan, penguatkuasaan , pemenjaraan, kos sara hidup semasa dan kos kerugian mengsa serta insurans dalam membenteras jenayah yang dilakukan oleh warga Indonesia di Malaysia. Ada kami halau atau melarang warga mereka di sini. Ini boleh dikira kerugian yang berpokok pangkal daripada isu imigresen lagi.

Selaku berdarah Nusantara Melayu, kami adalah beradik dan pihak Malaysia masih berpegang kepada status sejarah itu bahawa kita adalah saudara. Mereka menampakkan kebodohan sejarah apabila lupa bahawa Tanah Melayu banyak diperintah dan diasaskan oleh Kerajaan Lama daripada Nusantara Melayu yang kini di dalam peta Indonesia. Boleh disebut mana-mana negeri yang berpaksikan daripada kerajaan Melayu Melaka Lama yang kemudiannya merebak kepada Kerajaan Johor, Pahang dan Perak. Selangor pasti anda tahu bagaimana sejarahnya? Kalau di Negeri Sembilan, memang jelas asal usulnya, maka tidak perlu dipanjangkan. Adat pun diamalkan di sana.

Begitu juga sebaliknya apabila Kepulauan Indonesia kembali diperintah oleh warga Tanah Melayu yang kini di dalam peta Indonesia yang mana sejarah diarahkan oleh Kerajaan Johor Lama kepada Tun Sri Lanang dan memerintah Riau. Ada kami berkira dengan warga kawasan sana dan Indonesia, jawapannya tidak kerana ada sejarah tersirat antara persaudaraan yang wujud melalui sejarah. Begitu juga antara Malaysia dan Selatan Thailand. Ini kerana hubungan ratusan tahun wujudkan persaudaraan darah dan emosi antara bumi Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Siam.

Isu plagiat sepatutnya tidak ada diwujudkan lebih-lebih lagi mempamerkan emosi yang amat keterlaluan. Malah mereka lupa bahawa budaya itu separuhnya telah dijaja kepada kami melalui imigrasi. Malah kebanyakan karya mereka adalah ciplak dan copy paste daripada budaya lain juga. Malah pendet yang dikatakan milik mereka adalah terlebih awal ke Tanah Melayu berdasarkan sejarah hindu di Nusantara Melayu. Bezanya budaya hindu itu tidak jelas tampak dalam pengamalan di Malaysia kerana suatu ketika Tanah Melayu menerima Islam secara total melalui pengislaman raja-raja. Manakala penerimaan mereka kepada budaya hindu adalah keterlaluan sehingga boleh dilihat sehingga kini. Serambi Mekah mereka pun boleh hilang...

Isu jajaan budaya masih diteruskan oleh rakyat Indonesia sendiri apabila banyak artis mereka berhujan ke Malaysia dengan harapan diterima oleh telinga-telinga Malaysia. Kemudian, mereka menyangkakan apa yang ada pada artis mereka, adalah kepunyaan mereka sedangkan mereka diadun di sini.

Mungkin mereka lupa mengenai budaya, masyarakat dan bahasa yang ada di Malaysia dan siapa rakyat Malaysia dan Melayunya.

Apa yang menghairankan, tidak pula mengakui Mat Top sebagai idola mereka sebaliknya menyalahkan Malaysia sedangkan mereka tahu bahawa Mat Top itu adalah ahli pertubuhan di Indonesia yang dipimpin oleh warga Indonesia. Malah di didik penuh oleh rakyat Indonesia dan tinggal di Indonesia.. tak berani masuk Malaysia.

Saya amat bangga kerana biarpun sudah ada 360 warga mereka yang mengakui kebal dan sanggup untuk menyapu rakyat kami di sana dengan buluh runcing, tetapi kami masih menerima rakyat mereka biarpun jenayah kian meningkat di kalangan pendatang Indonesia. Kami masih bersyukur atas perkongsiaan kemewahan dunia dan peluang dengan mereka. Kami tidak pernah prejudis biarpun kini mereka berpusat di Chow Kit dan sebagainya. Mereka hadir sebagai pengemis tetapi peluang menjadikan mereka kaya raya. Sejarah dan fakta membuktikannya.

Kami tidak buta sejarah..

Lihat juga:

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►