Wednesday, June 24, 2009

Saya Bukan Baik Sangat-Sangat, Tapi Bab Makanan Tu Biar Sensitif Sikit

Mungkin saya anak kampung dan dibesarkan di kampung. Besar saya dalam berkejaran di hutan kemunting cina. Liku-liku semak dan selut bendang membuat saya lagi kekampungan. Tetapi bab makanan, kami orang kampung agak sensitif.

Di sini saya ingin kongsikan 2 perkara yang saya nampak dah jadi kebiasaaan di Lembah Klang. Bukan rasis mahupun prejudis tetapi kita Islam yang pentingkan makanan dan soal keharusan dalam mengambil makanan dan soal halal dan haramnya. Maka tiada soal Halam di sini.

Pertama, saya melihat di sini banyak kedai-kedai melayu seperti nasi lemak, satay dan beberapa makanan lain diwujudkan di gerai-gerai tepi restoran makanan cina yang mana akan berlaku percampuran secara jelas mahupun tidak sengaja antara penggunaan gerai besi dan mangkuk dan pergaulan makanan di situ.

Mungkin penjualnya melayu malah Islam dan bertudung tetapi halalkah makanan itu. Melayu ramai yang membelinya. Bab hukum pula, mungkin bila dikatakan halal maka halal dan selebihnya bukan urusan kita tetapi sekiranya venue dan persekitarannya jelas berlaku percampuran, maka adakah hukum sedemikian masih boleh dipakai.

Saya bukan arif pasal itu. Sekadar berkongsi, saya geli memikirkannya dan hukumkan haram kerana ia lebih cenderung ke situ. Tetapi masih ramai yang membelinya.

Kedua, perkara ini berlaku di sebuah tempat. Seorang kawan meminta minuman untuk kami dan dibawakan minuman tersebut. Perkara ini berlaku di gerai kecil milik orang Melayu di tepi jalan di kawasan 80% penempatan Melayu.

Minuman itu dihidangkan dalam mug sederhana cerah. Rakan-rakan saya terus meminumnya dan tiada apa yang bermasalah. Saya juga meminumnya separuh sebelum saya melihat ada tulis jelas disebelah gelas "TIGER" . Siap dengan lambangnya. Satu jenama yang cukup dikenali bagi satu minuman haram di sisi Islam.

Saya letak dan berhenti minum. Ada sekali rakan mengajak lagi ke sana. Saya menjawab kedai mamak sana saja lah.. lagi selesa. Mereka masih tidak memahami situasi. Malam tersebut semalam saya tak mampu tidur. Tekak rasa loya tapi tak boleh muntah.

Saya maklumkan mengenai kepada seorang rakan. Beliau menjawab, gelas sahaja takper. Betul dan saya sokong jawapan itu. Bukan saya hukumkan air itu haram tetapi adakah ia Halam atau Halal kandungannya yang melibatkan perkara arak. Bukankah semua yang melibatkan arak adalah haram.

Katakan ia halal sekalipun, di mana sensitifnya kita sebagai Muslim dalam hal memiliki barangan berkenaan arak dan bekerja dalam syarikat melibatkan arak.

Dalam hal ini, saya kagum dengan seorang rakan lama saya. Dia meninggalkan kerja yang bergaji hampir RM4k kerana tahu syarikat tersebut turut terlibat dalam mengangkut barangan minuman keras. Kini beliau lebih bahagia dan berjaya.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►