Thursday, June 25, 2009

Dah Bayar Tetapi Mahkamah Tak Pergi, Penjara Pun Tak Mai

Minggu lepas saya dibebankan dengan masalah ini oleh beberapa penghuni Penjara Sungai Buloh. Mereka mohon untuk berjumpa dengan saya atas beberapa alasan dengan bantuan dan sampai pesanan melalui anakguam saya yang sedia ada.

Agak terkejut saya apabila mereka katakan bahawa mereka ada peguam dan telah membayar sejumlah wang kepada beliau tetapi antara alasan mereka menemui saya adalah kerana peguam itu tidak hadir ke Mahkamah dan tidak bertemu dengan mereka di Penjara Sungai Buloh tetapi menyatakan sebaliknya kepada keluarga mereka.

Tetapi apa yang lebih melucukan. Pada masa mereka bertemu saya, peguam yang dimaksudkan ada di bilik sebelah. Tetapi tidak menyenaraikan anakguam mereka kecuali 3 orang sahaja.

Ada yang lebih melucukan 3 yang bertemu dengan saya tanpa dirancang itu adalah menggunakan peguam yang sama. Perkara yang sama terjadi.

Dalam soal sebegini, saya kurang berminat ingin mencampuri soal pengembalian wang yuran profesional yang telah dibayar dan perkara tersebut adalah urusan mereka dan peguam atau bekas peguambela mereka.

Banyak perkara boleh dibuat samada tuntutan terus, komplen kepada Majlis Peguam mahupun apa jua yang dirasakan perlu.

Cuma selama saya mendengar dan mendapat permasalahan sebegini. Saya boleh simpulkan dengan beberapa perkara. Perkara ini banyak berlaku kerana pelantikan peguam atas rekemen saudara mahupun mana-mana pihak yang mana berkepentingan dari sudut kewangan mahupun pertalian darah.

Kedua, pemilihan perlu dibuat kerana ada peguam yang memang tidak menguruskan kes-kes tertentu seperti sivil, jenayah mahupun conveyancing. Maka pilihlah peguam yang baik dan jangan sekali-kali memilih peguam yang mencari makan tetap di tepi Mahkamah.





1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►