Wednesday, May 20, 2009

The Biggest Loser!

Setakat hari ini, berat badan anda turun sebanyak 200 paun.....

Rancangan tersebut antara rancangan paling menarik di ASTRO yang membuat saya dan isteri pegun di hadapan kaca TV 29 inci kami. Kekadang anak lelaki saya juga anak menarik minatnya... tengok kejap terus dipadamkan.

Rancangannya buat rasa emosi dan ego saya tercabar. Mana tidaknya, semasa sekitar tahun 94-98 yang dikatakan era kegemilangan 'hero' remaja ini, saya mampu memakai singlet putih di bandar besar. Malah ketika berjalan rasanya kaki tidak berpijak pada tanah. Bukan hantu lagi tapi nak gambarkan bagaimana pada masa itu ringannya tubuh dan kurus serta bersasa atlet. Masa itu, 72-74 kilogram sahaja. Sekarang? bukan sasa. Tapi sasau dah!

Masa awal di Universiti Kebanggaan Malaysia (tidak salah eja), sekitar tahun 97-00 berat agak bertambah tapi masih dalam golongan 'hot & steady'. Itu cerita dulu, sekarang tidak lagi.

Bila difikirkan mengenai program tersebut, saya tertarik dengan satu ayat "saya masuk permainan ini demi keluarga, dengan kurus harapan saya untuk hidup lama dengan isteri dan anak-anak"..

Saya mula berfikir lagi bahawa sememangnya hidup mati di tentukan olehNya, tetapi ralik dan logiknya apa jua jadi bersebab. Kegemukan dan kecelaruan dalam pemakanan akan memberikan impak yang amat dikesali kepada seseorang. Cuba sebut apa yang tidak singgah, kencing manis, darah tinggi, jantung kemudian melarat pula ke buah pinggang.

Tubuh?.. Stamina memang jangan dibayangkan bagaimana semput. Urat saraf mula merajuk dengan badan. Tumit dan kaki mula memberontak atas lebihan berat yang melampaui had badan.

Pancaindera mula kabur dek penyakit utama yang pelbagai terutama oleh darah tinggi dan kencing manis. Telinga mula kurang dengar. Lidah sekiranya masih berfungsi sekalipun, apa guna kalau terpaksa berpantang untuk stabilkan gula dan garam. Akhirnya, bacaan masih tidak melepaskan kita daripada penyakit tersebut. Hidung? .. Penyakit dah banyak singgah. Bau kekadang ada kekadang tiada. Alam berputar sudah tidak dihirau apabila pemakanan mula dijaga.

Pada masa itu, apa pemakanan dan berat badan yang perlu dirisaukan. Sudah terlambat.

Masalahnya kegemukan tetapi apa yang perlu diubah; GAYA HIDUP SIHAT.

Saya sedang mencuba, anda bagaimana?

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►