Monday, March 2, 2009

Kasihnya Seorang Bapa!

"Kesiannya dia buat keje" ayat yang selalu isteri saya sebut bila melihat lelaki tua memerah keringat bekerja mencari sesuap nasi.

"Dah keje dia, nak buat macamana" Ayat yang selalu saya jawab!


Bagaimana kasihnya seorang ibu, bapa juga amat mengasihi anaknya. Kini saya faham kerana saya melalui perjuangan kasih sayang itu. Kerja kerana tanggungjawab kepada amanah yang ada.

Tika ini saya selalu ingat bahawa setiap apa yang dibeli oleh abah saya, tidak akan disentuh kecuali sampai ke rumah terlebih dahulu. Anak dan isteri mendahulu rezeki-rezeki itu. Tidak pernah saya melihat mahupun mendengarnya makan di kedai tanpa anak dan isteri. Malah kami jarang makan di luar kerana abah pesan "daripada bazir makan di kedai, baik makan di rumah. Duit itu boleh bagi buat sekolah semua"

Minggu ini hati saya sayu melihat dua keadaan bapa. Entah bapa siapa. Tapi saya pasti, sayang pada anak-anaknya amat sekali. Bagi mereka, anak-anak diutamakan.

Saya melihat seorang lelaki tua makan bekal berteduhkan pokok sebagai alas perut di tengahari sebelum menyambung kerja menyapu kawasan sekeliling. Tetiba beliau terpandang saya dan tersenyum dari jauh. Saya mengangkat tangan sebagai hormat dan tanda maaf kerana tegak memerhati beliau.

Sejurus kemudian, saya ke TESCO untuk bertemu anakguam kerana tempat itu lebih mudah dan senang nak makan. Ekoran hujan lebat, saya terpaksa melilau di pasaraya tersebut sehingga hujan berhenti kerana saya ke TESCO berjalan kaki.

Semasa menunggu giliran membuat pembayaran di kaunter eskpress, lelaki berumur pertengahan itu berlari ke belakang kerana lupa mengambil susu anak beliau. Saya melihat beliau membeli beberapa barangan anak beliau seperti jajan, susu dan buku. Selain itu ada barangan peribadinya.

Beliau membelek-belek dompetnya, mencari sesuatu. Saya dapat mengagak beliau tidak cukup wang untuk membayar keseluruhan item yang dikira tersebut. Saya yang berada di depan mendengar dan faham bahawa hanya RM25.00 di dalam dompet beliau.

Beliau mohon kepada adik manis kaunter agar barangan peribadinya ditolak kembali bagi membolehkan hanya barangan anak-anak beliau di bayar terlebih dahulu kerana tidak mencukupi wang. Untuk itu, barisan mula panjang kerana penyelia lambat datang untuk betulkan kiraan cash machine. Wajah beliau berubah kerana barisan semakin panjang kerana beliau. Saya cuba menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan kesemua bil yang tidak berapa banyak itu tetapi ditolak dengan lembut.

Kenapa beliau tidak menggunakan 4 mesin ATM yang berbeza bank di situ?.. tiada baki lagi? Itu yang berbaki padanya?

Anaknya mendapat barangan daripada baki wang bapanya itu. Alangkah beruntungnya kita dengan kasih sayang itu.. Tetapi siapa yang menghargai?


3 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►