Thursday, February 12, 2009

Pakai Tapi Tak Terpakai!

Tak pakai, kena. Pakai pun Kena!

Hari ini saya ada sikit rasa geram. Kes yang nak kalah memang dah dijangka atas beberapa alasan dan situasi yang sukar disembunyikan. Cuma antara kegeraman yang sudah naik ke tahap gaban ialah pegawai perundangan kerajaan ni tak pernah tunggu kita kalau ada lambat sikit. Tapi bila turn kita awal, kena tunggu pulak sampai jam 10-11 pagi. Mahkamah ni banyak lebihkan orang kerajaan ke. Mahkamah itu adil, hakim itu orang.

Yang menaikkan geram ialah, pihak peguam sana telah menangguhkan kes untuk membalas hujahan bertulis saya yang rasanya takde lah panjang sangat. Maka sehingga ke pagi tarikh Keputusan, tiada apa jua hujahan bertulis balasan diserahkan kepada saya.

Saya balik dari Mahkamah jam 10.45 pagi dan tiada surat menyurat lagi pada tersebut di peti surat saya. Tetiba jam 12.30 tengahari semasa nak keluar makan, nampak ada surat mereka berserta hujahan bertulis. Yang menariknya:

  • Tarikh surat 06.02.2009;
  • Dah Lepas tarikh Keputusan;
  • Ditulis serahan tangan, tapi main letak dalam peti surat;
  • Orang ada di pejabat, tiada pulak yang datang ketuk pintu;
  • Biasanya bila tiada orang di pejabat, diorang telefon. Kenapa tidak kali ini?;

Saya hantar surat menyatakan hal sedemikian kepada mereka. Saya geram, tengoklah bos korang marah peguam ke, marah despacth.


2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►