Tuesday, December 23, 2008

Pak Him: Bomoh Kayap

..
Pak Him atau Ibrahim adalah tukang urut peribadi kawe. Setiap kali pulang ke Kelantan, kawe akan berurut sekali dua. Saja nak melegakan urat yang lama tersimpul. Sekarang ini atas alasan kesihatan yang semakin tua, mengurut tidak lagi menjadi keutamaannya kecuali mereka- mereka yang biasa diurutnya.

Selaku orang kampung dan menjalankan kerja-kerja kampung, orangnya bersahaja dan menjalani kehidupan yang mudah selaku petani.

Pak Him yang tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu adalah cukup dikenali selaku bomoh kayap di kalangan masyarakat Kelantan yang mempunyai ilmu perubatan tradisional bagi mengubati semua jenis kayap. Ilmu tersebut dikatakan dipelajari semasa umur muda beliau daripada seorang penduduk di kampung yang sama.

Selain berusaha mengubati kayap, Pak Him juga dikunjungi oleh penduduk sekitar bagi mengubati sakit gigi yang teruk. Pak Him boleh dihubungi melalui nombor telefon : 09-7768019

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►